Nuffnang Ad

Friday 22 April 2016

Jalan TAR



Pagi weekend yang lepas we all breakfast di Old Town  sambil pekena Mee Wantan dan juga Mee Curry. Sesekali keluar dari dunia mamak, terasa kelainannya.

Then bergegas pula ke Jalan Tar mencari baju kerana baju-baju macam tak berapa nak menarik di dalam almari. Lama tak ke sini, kalau ada pun awal tahun mencari baju sekolah the boys di Kamdar. Raya punya persiapan pun jarang ke sini, malas nak menempuh orang ramai.

Beli di First Lady ajelah, malas nak pikir mana nak cari lagi. Baju pun berkualiti juga, taklah teruk sangat designnnya pun walaupun dah lama orang pakai baju tu. Baju kurung tak lapuk kut, masih boleh dipakai walaupun fesyen kain dah lama.


Kalau ke Jalan TAR, tak sahlah kalau tak makan di Restoran Insaf, kan. Pekena nasi beriani ayam madu dengan mango juice memang terangkat la.

Jalan-jalan ke belakang menuju ke Campbell, ternampak pulak banner kedai ni, "Suma barang musti...." hadoii la hai. Ni bangla ka punya keje ni, proof reader pun diimport dari Bangladesh jugak ke?

    `
Dah habis pusing Jalan TAR, lepak kejaplah kat Library Coffee Bar di Maju Junction sambil mengopi kejap.

Minum petang yang tak seberapa, actually masih kenyang lagi tapi sebabkan tengok croissant tu macam menyelerakan so terpaksalah gagahkan makan juga.

Ingatkan dinner kena masak, tapi tak juga cos Ibu ajak makan di luar, Alhamdulillah, rezeki yang tidak dijangka. So kita pergi dekat-dekat ajelah, so Kafe Skrin menjadi pilihan semua.

Keunikan Kafe Skrin ini adalah sambil kita makan, kita boleh juga melihat wayang yang dipertontonkan dimana kita boleh pilih movie yang disediakan. Ada banyak pilihan movie yang sesuai untuk seisi keluarga, jenuh nak memilih mana satu yang best. Makanan pun sedap-sedap semuanya, ada pelbagai jenis makanan dari makanan goreng-goreng dan juga western.

No comments:

Post a Comment