Ini kes cuti sekolah yang lepas, seminggu tu we all terperam duduk di rumah sahaja. Dengan cuaca yang panas dan Daddy Jack pun ada kerja di luar so tak dapat nak luangkan masa pergi bercuti-cuti di cuti sekolah. As usual, breakfast di mamak itu adalah wajib.
Kadang-kadang cuba breakfast di tempat lain pula, sesekali pekena pulut kuning dengan rendang daging dan juga nasi impit kuah kacang memang best.
Sesekali dapat menghabiskan sebakul laundry memang best. Terasa tercapai laundry goals dan nak celebrate kegembiraan itu.
Kalau petang-petang tu, rajin la Daddy Jack melayan anak-anak dia mengisi masa lapang dengan aktiviti LEGO yang berkotak-kotak tu.
As for me untuk mengisi masa lapang, membaca buku sambil mengadap mangga pemberian jiran sebelah rumah.
Petang Isnin dan Rabu seperti biasalah training bolasepak di KLFA sampai la pukul 8 malam.
Walaupun cuti sekolah, tetapi ada beberapa subjek yang diberikan homework untuk disiapkan sewaktu cuti. Selalunya projek based so dapatlah mak ayah menolong anak-anak menyiapkan kerja rumah.
Lepak NZ tak kira masa, bukan pagi sahaja kadang pergi petang and malam juga.
Kalau minum petang, tak larat la nak makan roti canai, so kita cuba makan bihun goreng pulak dengan telur mata.
Kotak lego yang entah keberapa dah sepanjang cuti ini. We all make sure semua dihabiskan, tiada yang dibuat separuh jalan nanti susah nak menyambungnya nanti.
Musim durian sekarang ni tapi tidaklah nak makan di kala cuaca panas begini, maunya bertambah lagilah panasnya. So kita tengok ajelah dulu, tapi kalau tak dapat menahan, makan la jugak. Sedap juga dapat buat kuah durian cicah dengan roti jala, yummmmmm
No comments:
Post a Comment