Tengok gambar birthday cake Ryan yang lepas terfikir, lamanya tak membuat cake sendiri. nak mengambik mood tu punyalah azab. Insyallah nanti kena gagahkan juga diri membuat cake untuk dimakan sendiri.
Hujung minggu tak ada tempat lain lagilah selain KLCC tempat menhabiskan waktu. Tak tahulah sampai bila nak stop ke sini. Kalau tak pergi macam tak keruan hidup ni rasanya.
Untuk birthday Ryan yang lepas, Ayah menghadiahkan PS4 untuk hadiah. Terima kasih, Ayah Nan.
Phuhhhh, bagus La Juiceria ni nak dibuka di KLCC. Masa first time diperkenalkan dengan product ni hanya ada di Hartamas sahaja, so kena kirim dengan orang. Then dibuka di Pavillion so dekat sikit tapi bercinta dengan jem la nak pergi but now dah ada di KLCC so hujung minggu kalau pergi sure beli.
Hmm, ini kedai pujaan anak beranak. Tak singgah pun sama juga tak keruan hidup di rasakan sampaikan pekerja kat sini pun dah kenal dah muka we all sekeluarga.
Koleksi Ninjago yang tak pernah tak habis, ada sahaja keluar latest product.
Ada pulak pameran apa tah kat courtyard tu sampaikan dekat berjam duduk kat situ sebabnya the boys dok main game racing kereta kat situ.
Seperti biasa, mak pun masih tak berpuashati untuk mencuba berdiet. Kali ni memang kena bersungguh-sungguh untuk kesihatan bersama. Alhamdulillah, dah beberapa hari ni mengamalkan pemakanan yang baik.
No comments:
Post a Comment