Nuffnang Ad

Wednesday, 31 May 2017

Yellow Mellow

Sebelum acara sukan anak, sekolah I dah buat persiapan sukan for about 2 weeks sebelum sukan sekolah the boys ni. Persiapan memang all out tambahan pula I menjadi House Manager pada tahun ini bagi Rumah Kuning so memang banyak kena ke hulu hilir melatih para atlit dan menjaga ahli rumah yang lain.

Persiapan Rumah Kuning ni budak-budak yang siapkan propsnya, cikgu hanya monitor sahaja. Tahun ni semua ahli rumah memang all out membuat props semua.

Sampai ke malam they all mengisahkan props ni, masing-masing bertungkus lumus berpadu tenaga nak menyiapkan props mereka ini.

Gajah sebagai mascot kali ini dengan nama nya Megat

Masing-masing memang tak menang tangan nak menyiapkan semua persiapan untuk hari sukan.

Bukan sahaja murid, cikgu pun turut membantu menyiapkan semua persiapan agar semuanya siap pada hari sukan nanti.

Nama lain bagi Rumah Kuning adalah Shalahuddin Al-Ayyubi yang mengambil sempena nama pejuang dalam Islam.


Pagi-pagi lagi semua dah berkumpul di Stadium UIA untuk acara sukan yang ke 12

Kali ni tuah masih belum berpihak kepada kita Rumah Kuning untuk mendapat tempat kedua, kita masih di tangga kedua lagi. Tak apalah, bukan rezeki kita but we still the people's champion.

Paling bermakna, bila atlit Rumah Kuning menyapu semua gelaran Olahragawan/Olahragawati dan juga Olahragawan/Olahragawati Harapan sekolah. Nampak hebat atlit Rumah Kuning kali ini.

To all my Form 5 students, terima aksih kerana menjadi tulang belakang di dalam menjayakan sukan sekolah tahun ini. They all memang all out di dalam membantu dalam semua bidang samada props, kebajikan, persiapan atlit mahupun menjaga disiplin semua ahli rumah kuning.

Balik rumah, terus kepenatan, tidur and menjelang Maghrib baru bangun. Perut terus kelaparan dan menuju ke NZ untuk makan.

KL Cup '17

Habis aje hari sukan sekolah, bergegas pula ke KLFA untuk KL Cup 2017. Game pertama dah lepas so masa Danish sampai dah mula game kedua.

Cuaca pun tak lah sepanas terik masa di padang masa sukan tu, takut hujan aje

Dengan perlawanan yang agak sengit, team FCKL U12 mara ke peringkat seterusnya, so perlawanan akan bersambung esoknya.


Esok paginya, perlawanan bermula dalam pukul 12pm, so sempatlah pergi beakfast dulu.

Perlawanan agak sengit juga sebab team yang kuat-kuat bertarung pada hari teakhir ini.

Banyak peluang yang we all dapat untuk jaringkan goal, tapi tak kesampaian

Dengan 2 tendangan penalti, we all mara ke peringkat akhir tapi kecundang di tempat ketiga.

Apapun, semua parents pun happy and bangga dengan semua pemain yang bertungkus lumus untuk memastikan membawa balik pingat walaupun hanyalah pingat gangsa.

Terima kasih team FCKL U12

Tuesday, 30 May 2017

Hari sukan sekolah

Hari sukan sekolah anak-anak selang seminggu sahaja dari hari sukan sekolah I ditempat yang sama pulak tu. Tapi kali ni memang bermakna la untuk Danish cos hari sukan yang terakhir di sekolah rendah. 

Group PIBG sekolah ada buka gerai jualan makanan lagi, salah satunya menjual sushi, sambil tengok sukan sambil makan sushi tepi padang la kita.

Cuaca pun Alhamdulillah agak mendung sikit so taklah berpeluh budak-budak berbaris di padang.

Danish of course la masuk acara olahraga, so ada 3 acara menanti dah. Untuk acara individu, 200m dan 100m. 2-2 dapat emas, Alhamdulillah.

Tempat pertama untuk acara 100m. Budak baju hitam tu adalah saingan utamanya dari rumah hijau.

Ryan pun masih masuk acara sukaneka sebab masih Tahap 2, tahun depan dah boleh masuk acara trek and field.

Persiapan untuk acara 4x100m bermula

Jauh sangat penyampaian hadiah untuk Ryan, tengok dari grandstand ajelah.

Acara penentu 4x100 bermula, Danish pelari yang terakhir sekali so memang kena bekerja keras.

Tapi kecundang di tempat kedua, untuk kali ini. Ramai cikgu sambut di garisan penamat memujuk Danish yang dah nangis.

So far, dari kedudukan pingat ni, nampak macam Rumah Syahbandar, kuning yang menjadi juara keseluruhan tahun ini.




Juara bagi acara 100m Lelaki

Juara sekali lagi untuk acara 200m Lelaki


Pingat perak untuk acara 4x100meter dan secara langsung Danish tak dapat jadi Olahragawan Sekolah. Hancur harapan semua cikgu-cikgu rumah sukannya yang berharap Danish dapat menjadi olahragawan tahun ini tapi its okay, tak ada rezeki.

Ustazah Munirah yang banyak membantu Danish dalam rumah Merah since dari Darjah 4 lagi. tak jemu-jemu bagi sokongan dan juga galakan untuk terus berjaya dalam sukan. Terima kasih Ustazah diatas sokongan dan juga didikan selama ini.

Tuesday, 23 May 2017

Pra sukan sekolah

Dah dekat sebulan sukan sekolah anak dah habis, mak baru sibuk nak bercerita. Tak apalah kan, sharing is caring. Tahun ni tahu last Danish bersukan di sekolah rendah, semua cikgu-cikgu rumah sukannya target dia dapat jadi Olahragawan tahun ini. Masih mewakili Rumah Bendahara aka Rumah Merah. Tahun ni banyak acara boleh masuk, tak macam tahun lepas cos sangat terhad sebab cuaca yang agak panas.

Tahun ni kebetulan waktu praktis sukan sekolah anak-anak sama dengan latihan sukan sekolah I so dapatlah I mnjenguk kejap time they all buat practice tu. Semasa tengah buat latihan lompat tinggi, terjadilah accident yang tidak dijangkakan berlaku. Sewaktu melompat tiada sebarang masalah, tapi bila landing tu terjatuh di tempat yang tak betul. Dua kali terjadi so I bawa balik la sebab dah ngadu sakit.

We all terus bawa ke klinik buat x-ray, takut juga jadi apa-apa like fracture semua tapi menurut doktor, semuanya nampak okay aje.

Tahun ni ada buat pra hari sukan dimana semua pelajar terlibat. Tahap 2 terlibat dengan Roadrun and pelajat Tahap 1 buat latihan sukaneka dan juga senamrobik. Gambar diatas bi diambil di FB sekolah, kemain lagi Ryan beraksi dalam senamrobik tu.

Dah menjadi antara atlet harapan so semua acara kena masuklah walaupun tak pernah rasa boleh buat antaranya lompat jauh. 

Pukul 1 semua berkumpul untuk sesi penyampaian hadiah bagi acara Roadrun pelajar Tahap 2. Muka masing-masing pun dah macam udang kena bakar dibuatnya.

Lah, tak menyangka walaupun baru lepas elok dari kecederaan lompat tinggi tu, terus jadi johan acara Roadrun, mujur datang stadium nak tengok, kalau tak memang tak tahu pun danish jadi juara. Well done, Danish !!!


Tahun ni tak begitu menyerlah team futsal, tak seperti tahun lepas dapat Johan, tahun ni hanya berpeluang menjadi Naib Juara sahaja. Tahun ni memang tahun yang sengit diantara Rumah Merah, Hujai dan juga Biru kalau di Tahap 2, masing-masing sengit betul berlawan sesama mereka.



Monday, 22 May 2017

Weekend

Hujung minggu banyak dihabiskan masa dengan keluar berjalan-jalan bersama family. Isnin hingga Jumaat dah banyak duduk mengadap students so hujung minggu la masa dengan keluarga. We all kalau keluar tak lain tak bukan ke KLCC ajelah.

Tak selalu la we all makan di restoran tu, ada kala tu makan juga di foodcourt, makan pun boleh tahan sedap especially Fuel Shack, mee wantan ataupun ayam penyet nya. Tapi dari dulu hingga sekarang we all tetap suka makan waffle with double scoop ice cream la.

One of the item yang menjadi idaman the boys dan juga Daddy Jack tapi kena hold dulu sebab ada yang nak sit for UPSR tahun ni kan so hanya dapat tengok ajelah dulu ya.

Kalau dah keluar, memang taklah dapur nak berasap, terus ajelah cari makanan untuk malam sekaligus. Senang kerja mummy.

Weekend juga dipenuhi masa dengan training bola untuk Ryan. Danish memang setiap Sabtu tak dapat joinlah cos busy dengan extra class sampai habis UPSR nanti.

Berjalan-jalan di sekitar mall, nampak pulak jeruk mangga asam boi ni, aduhhh kecur betul tapi tak boleh makan selalu, mau sakit perut dibuatnya.

Kerja baking ni last sebulan yang lepas, buat Banana Cake pastu terus dah tak buat lagi. Ni time-time nak posa ni kenalah rajin membuat kuih muih for buka puasa la jawabnya.