Nuffnang Ad

Thursday, 23 August 2012

1 Syawal 1433 Raya ! Raya

1 Syawal di Adelaide di sambut serentak dengan Malaysia, so taklah rasa janggal bila telefon family di Malaysia mereka still puasa while us dah raya, so tak adalah mood sedih-sedih tu. Perkara yang paling mencabar di waktu pagi Sayawal kali ini adalah nak mandi sunat Aidilfirt, sebabnya sejukkkkk sekali. Tapi gagahkan juga mandikan the boys. Lepas mandi, cepat-cepat pasang heater then pakaikan baju. Nak beraya dengan berbaju melayu, pakai baju di bahagian dalam sampai 3 lapis tu.

Sementara menunggu Daddy Jack balik from sembahyang raya, I siapkan dulu the boys. After dah siap semuanya then barulah I pulak yang bersiap.

Bila semuanya dah bersiap, sebelum sessi bermaafan, ambil gambar family dululah.

Sedih juga bila pagi-pagi raya hanya kami berempat sahaja di sini, tak balik beraya di Malaysia. Dalam hari rasa sayu bila melihatkan semua my siblings balik beraya di Kuantan tahun ini. Tapi tak apa, Insyallah tahun depan kita beraya bersama.

The boys pun besar so rasa seronok dapat beraya walaupun hanya kami berempat sahaja.


So, lepas sessi bersalaman, we all kena berkejar pula ke rumah one of my Adelaide's gang yang ajak kami semua berkumpul di rumahnya di pagi raya. Then after that, we all kena berkumpul di park untuk rumah terbuka MYPSA pula.


Wednesday, 22 August 2012

Rewang raya

Since kali ni we all beraya di Adelaide, so we all naklah buat something yang boleh diraikan bersama-sama dengan my Adelaide's gang yang tak balik beraya di Malaysia juga. Since me and Daddy Jack is one of the committee in MYPSA so kenalah buat majlis raya untuk para pelajar postgrads disini. We all planned dah lama pasal majlis hari raya nie and nak menambahkan kemeriahan hari raya disini, we all rancang untuk buat rewang raya, iaitu sehari sebelum raya kita akan masak beramai-ramai untuk menjamu para tetamu di hari raya nanti.

Persiapan membeli barang dibuat oleh Daddy Jack on Friday, letih juga pi sana-sini untuk membeli segala kelengkapan, tapi in the mean time seronok dapat berjalan ke sana sini instead of duduk terperuk dalam rumah aje. We all kat Adelaide tak sure 1 Syawal tu bila samada sabtu atau Ahad so kena be prepare ajelah. So bila tahu malam Jumaat tu yang Ahad will be 1st Aidilfitri so we all still buat juga majlis rewang oin Sabtu, then buka puasa terus bersama-sama. Tempat merewang we all pilih rumah Surah sebab belakangnya luas so bolehlah masak-masak di belakang rumahnya aje.

Menu yang kita pilih untuk sediakan pada Hari Raya nanti adalah satay, kari daging, rendang ayam dan juga nasi minyak. Masing-masing ada tugasnya sendiri yang we all dah agih-agihkan. Satay ada seorang my Adelaide's gang yang pakar membuatnya. Memang perniagaan keluarganya di Ipoh, so die dipertugaskan untuk handle satay cuma katanya boleh marinate the ayam tapi tak sanggup nak mencucuknya sebanyak 12kg so we all ramai-ramai pakat cucuk satay tu sambil tu bolehlah belajar cara cucuk satay, selama ni hanya tahu makan satay aje. Lelaki yang gagah perkasa dipertanggungjawabkan untuk membasuh dan memotong daging sebanyak 25kg, phewww, bukan sikit-sikit tu.

Kaum wanita sibuk sungguh didapur, bekerja tanpa mengira apa jua tugas, ada yang memotong bawang, malah ada juga yang memasak untuk makan berbuka nanti. Terima kasih semuanya. Tak terasa sedih walaupun pasang lagu-lagu raya di dapur..masing-masing gembira dan bergelak ketawa tapi dalam hati mungkin ada yang sedih tak terkata yer. Ini kalau mak ayah di Malaysia tengok sure depa terkejut bila tgk anak-anak perempuan mereka bersungguh-sungguh di dapur, cucuk satay semua.

Bila dah petang sikit, barulah tugas memasak rendang dibuat, maklumlah bukannya sekejap nak masak rendang nie, then we all disini manalah ada kuali yang besar untuk masukkan 8 kilo ayam so kena masak sikit-sikit dulu.

Masing-masing sibuk dengan tugas masing-masing di luar. Kak Azie dipertugaskan untuk handle rendang ayam manakala Surah dengan gulai dagingnya sebanyak 25kg. Tiba-tiba semua kena terror bab masak-masak nie, nanti balik Malaysia bukan hanya bawak balik PHD tapi bawak Diploma bahagian memasak juga.

Kalaulah ada students para postgrads yang baca blog I ni, sure die akan rasa bangga tengok their lecturer bukan hanya belajar disini tapi juga boleh memasak serba serbinya. So bila time buka puasa, tuan rumah, Surah begitu berbesar hati memasak laksa Penang untuk hidangan para tetamu while me dah agihkan beberapa keluarga untuk memasak nasi putih untuk hidangan berbuka. Di rumah Surah, kami decided nak masak ayam halia dan juga goreng telur dadar aje tapi tak sangka ada juga beberapa my Adelaide's gang like Najwa yang membawa stew daging, Kak Wan membawa kurma ayam dan juga sambal belacan, Is membawa bubur kacang dan juga buah melaka and then Kak Z membawa pizza sebab katanya tak sempat nak buat apa-apa pun. Terharu rasanya dengan segala makanan yang terhidang diatas meja. Alhamdulillah, berkat akhir Ramadhan so makanan atas meja melimpah ruah, dikongsikan bersama-sama.

Masing-masing berbuka dengan seronok, maklumlah dapat berbuka ramai-ramai so meriah suasana rumah Surah dengan gelak ketawa dan juga suasana hingar bingar. Memang terasa macam berada di Malaysia, bila berkumpul di malam raya dengan adik beradik, dan juga saudara mara. Lepas Maghrib, ada sessi bertakbir beramai-ramai, lagilah terasa suasana beraya. Dah lama tak buat takbir di rumah, kali ni rasa sungguh bermakna.

Tiba-tiba semua terasa jakun jugak kan maklumlah dah lama tak dengar takbir raya, selalu dengar from youtube aje so kali ni dengar secara live so semua dok pakat-pakat ambil gambar sebab nak upload kat FB masing-masing.

So lepas bertakbir, masing-masing sambung balik kerja-kerja memasak, tengokkan kan rendang dan juga kari ayam. Kanak-kanak dok sibuk main bunga api di belakang rumah. Jadilah main bunga api besi tu, janji ada mood raya.

Tuesday, 21 August 2012

Dapat merasa lepas simpan sebulan

Ramadhan kali ni sangat meriah di Adelaide bila ada suri rumahtanggan yang berusaha meemriahkan Ramadhan kali ini dengan membuat kuih muih untuk dijual secara online thru FB. Sambutan memang menggalakkan sampaikan rasa seronok pula. Maklumlah nak cari Bazar Ramadhan mmg tak ada di Aadelaide nie so dengan cara jual kecil-kecilan pun jadi seronok.

Antara yang dijual adalah acar buah nie. One of my Adelaide's gang yang membuatnya Najwa. Puhhh!!!! bukan calang-calang nak membuatnya. Kalau pekena dengan nasi beriyani mmg sedap. Tapi, I beli sebelum puasa so dapatlah makan after sebulan berpuasa, maklumlah we all kan tak berbuka dengan nasi so takkan nak makan acar buah dengan mee kari pulak. So, dengan makan nasi hujan panas dan juga rendang ayam , enaknya dapat merasa acar buah ini.

Mereka tak pernah lupa

Ibu ada cakap yang ada hantar barang Selasa lepas, barang-barang raya katanya tapi I takutlah tak sempat sampai on Raya Ahad tu tapi bila check, on Jumaat dah sampai ke rumah. Tapi malangnya masa parcel tu sampai, we all tak ada dirumah sebab keluar pergi membeli keperluan untuk hari raya so kenalah telefon DHL untuk ambil juga parcel tu sebab takut tak berayalah kami.

Wah !!!!! ada bekalan stok dari Malaysia lah

Weeee huuuuu !!!!! Ada kuih bahulu, so tak payahlah nak cuba-cuba membuat kuih bahulu di Adelaide ni.

Budak kerinting ini memang penggemar kuih bahulu and juga kuih tart. I try buat kuih tart, itupun tahan untuk 2 hari aje, lepas tu habis di akan oleh seisi keluarga. Kena tambah lagilah jawabnya.

I kan cakap dulu, we all balik Malaysia June lepas tak sempat nak buat apa-apa persiapan untuk our raya in Adelaide, baju raya pun pikir pakai mana yang ada ajelah, tapi rasa terharu bila Ayah and Ibu tak pernah lupa menyediakan baju raya untuk kami sekeluarga walaupun raya kali ini tak dapat bersama meraikannya. Setiap tahun, dari bujang sampailah dah berkeluarga, Ayah dan Ibu tetap menyediakan baju raya untuk me, Daddy Jack and the boys juga. Terima kasih Ayah dan Ibu.

Sunday, 19 August 2012

Salam Lebaran dari Perantauan

Andai jemari tak sempat berjabat, andai raga tak dapat bertatap, seiring beduk yang menggema, seruan takbir yang berkumandang, ku aturkan salam menyambut Hari Raya Aidilfitri, jika ada kata serta khilafku membekas lara, mohon maaf zahir dan batin..

Salam Lebaran dari kami sekeluarga
Adelaide, 2012

Saturday, 18 August 2012

Hai, depa ajelah beraya nampaknya

Balik Malaysia June lepas, mmg tak sempat nak beli apa-apa persiapan hari raya, cuma Ayah ajelah yang sempat belikan the boys baju raya. Bila pergi jalan TAR with Daddy Jack, ajak jalan-jalan cari tudung, katanya tunggu nantilah kita datang sekali lagi which is I tahu, takkan datang punya, alih-alih tahu on the day we all nak balik tu, die pergi Jalan TAR dengan adik die and beli songkok untuk him and the boys...huhuhuhu sedih sebab tak ajak I pun so tak adalah tudung baru nak pakai untuk raya nanti.

Yang I pulak, selama balik Malaysia ingatkan Daddy Jack nak bawa balik all the baju Melayu in purple so masa jalan-jalan dengan Ibu belilah kaftan purple ni sebab baju purple I yang sedondon dengan Daddy Jack tu kain lace, malulah pulak nak berlace-lace di Adelaide ni, so belilah Kaftan nie, sekali bila dah sampai Adelaide, rupanya Daddy Jack dah angkut baju yang warna coklat pulak. La, mana nak matching macam nie. Hmm, nasiblah raya sorang colour lain, 3 lagi warna lain...tapi bila pikir balik, termampu ker nak berbaju melayu and berkurung bagai bila time raya nanti suhu mencecah 11 degree, dengan hujan dan angin semua? Hmmm nampaknya mungkin tidak, kalau dah berbaju tebal diluar and berlapis-lapis baju di dalamnya, lupakan niat berbaju melayu di pagi raya, tunggu Raya Haji ajelah nanti.

Friday, 17 August 2012

Tetamu istimewa

Jarang I menerima tetamu istimewa dirumah bila bulan puasa ni, selalunya my Adelaide's gang adalah sekali dua datang berbuka dirumah ni. Tapi bila tetamu istimewa nie datang rumah, mmg best sangat. Ni kira sessi membayar hutang tertunggaklah. Bila ada tetamu datang, so kenalah masak nasi. We all ni tak makan nasi bila berbuka, kalau nak merasa makan nasi pun makan bila ada undangan berbuka ajelah di rumah kawan-kawan. So untuk menyambut kedatangan tetamu istimewa ni, I masakkan Nasi Mandy sebab tahu salah seorang tetamu istimewa ni suka sangat makan nasi arab ni. Then buatkan juga kuih bakar and mujurlah ada murtabak yang dibeli dari one of my Adelaide's gang.

Sementara menunggu tetamu istimewa, duduk lepak-lepak sambil tengok Olimpik


Ni la tetamu istimewa I, Hidayah yang dulu belajar disini tapi balik kejap for 2 months and datang balik for her convocation. Ni lah hutang tertunggak I padanya. Supposed nak belanja makan sebelum die balik June lepas tapi masa tu tak sempat buat apa-apa pun so mmg dah plan nak ajak datang makan rumah untuk berbuka puasa.

Meriahlah kejap rumah I dengan kehadiran tetamu istimewa ini.

Kali ini memang istimewa sebab Dayah datang with her family, Ayah, mak, nenek dan juga adiknya.

Ayah Dayah yang cool. Setahun yang lepas, Ayah Dayah aje yang datang untuk hantar Dayah and now the whole family datang untuk meraikan kejayaan Dayah.

Terima kasih to Dayah and her family cos sudi datang berbuka puasa dirumah kami. Insyallah kalau ada rezeki, nanti kita berjumpa di KL tahun depan.

If Im not mistaken, Dayah nie ada 4 lagi adik perempuan, semuanya muka sama aje dengan Dayah sampaikan masa I pergi rumah Dayah raya tahun lepas, rasa tak dapat nak bezakan mana satu Dayah and adik-adiknya. Well Dayah, good luck in everything that you do. Dah nak kerja dah pun, got a fews offers but she need to think about it. Good Luck, girl !

Thursday, 16 August 2012

Pizza time



Sejak bulan puasa ni jarang we all makan diluar, melainkan makan di rumah kawan-kawan yang ajak untuk berbuka puasa bersama aje, so dapatlah we all makan varieties of foods. Tapi adakalanya bosan juga pikir nak makan apa so we all pikir nak makan pizza ajelah. Mujurlah ada kedai pizza dekat dengan rumah, kalau dulu nak makan pizza kena tunggu summer sebab siang panjang so taklah takut sangat nak pergi Fer Fella yang jauh tu.

One of the Top 10 pizza maker in Adelaide. Pharoah's Gourmet Pizza juga ada menyediakan delivery ke rumah tapi during the weekend only. Hmmm, mata ada bersinar disitu.

Ada bermacam-macam jenis pilihan pizza dan juga pasta disediakan. Harga pun berpatutan dan juga rambang la juga mata untuk membuat pilihan.

Hanya seorang pekerja sahaja, die nilah yang buat pizza, ambik order, bakar ayam..pendek kata serba serbi dielah yang handle kedai ni. Rasanya delivery pun die buat juga.

Dapat calendar Ramadhan free from Islamic College

We all dah order thru phone sebelum sampai tapi masa nak pick up tu datang terawal so ada ayam panggang yang belum sempat dibakar so kenalah tunggu kejap.

Sementara menanti, tengoklah Olympic games dulu

Nearly pukul 515pm baru settle, nganm-ngam untuk waktu berbuka.

Dah beberapa kali cuba Chicken Hawaiian nie, sedap sangat. We all kalau dah suka satu-satu pizza tu jaranglah nak cuba pizza jenis lain, takut tak sedap ataupun tak menepati selera. Like this Chicken Hawaiian, ianya tak sama mcm Hawaiian Pizza kat Pizza Hut tu yang adakalanya kedekut sangat fillingnya tapi disini the filling berlambak-lambak, sampai rasa makan filling lagi best dari makan dohnya. I loves my pizza with lots of pineapple. So, pizza ni mmg the best !!! the chicken pulak bukan letak minced meat tapi letak kepingan ayam roasted yang chunky atasnya. Memang sedap sangat-sangat.

Chicken marinated wings pun sedap jugak, tapi kalau nak beli rasanya kena panggang balik in the oven sebab ada yang tak berapa masak betul, tak tahulah aklau ada yang suka makan terus but the boys terjerit-jerit bila tengok their chicken wings ada darah-darah lagi. Penggeli mereka tu.