Nuffnang Ad

Tuesday, 21 August 2012

Mereka tak pernah lupa

Ibu ada cakap yang ada hantar barang Selasa lepas, barang-barang raya katanya tapi I takutlah tak sempat sampai on Raya Ahad tu tapi bila check, on Jumaat dah sampai ke rumah. Tapi malangnya masa parcel tu sampai, we all tak ada dirumah sebab keluar pergi membeli keperluan untuk hari raya so kenalah telefon DHL untuk ambil juga parcel tu sebab takut tak berayalah kami.

Wah !!!!! ada bekalan stok dari Malaysia lah

Weeee huuuuu !!!!! Ada kuih bahulu, so tak payahlah nak cuba-cuba membuat kuih bahulu di Adelaide ni.

Budak kerinting ini memang penggemar kuih bahulu and juga kuih tart. I try buat kuih tart, itupun tahan untuk 2 hari aje, lepas tu habis di akan oleh seisi keluarga. Kena tambah lagilah jawabnya.

I kan cakap dulu, we all balik Malaysia June lepas tak sempat nak buat apa-apa persiapan untuk our raya in Adelaide, baju raya pun pikir pakai mana yang ada ajelah, tapi rasa terharu bila Ayah and Ibu tak pernah lupa menyediakan baju raya untuk kami sekeluarga walaupun raya kali ini tak dapat bersama meraikannya. Setiap tahun, dari bujang sampailah dah berkeluarga, Ayah dan Ibu tetap menyediakan baju raya untuk me, Daddy Jack and the boys juga. Terima kasih Ayah dan Ibu.

1 comment: