Nuffnang Ad

Friday, 10 August 2012

Ada rezeki juga

Tak semestinya kalau I pergi Garage Sale mencari Corning aje, well kadang tu bermacam-macam jenis barang jumpa like Tupperware, Noritake dan sesekali terjumpa jugaklah Pyrex. Kalau nasib baik, terjumpalah Portmeirion sekecil ini pun jadilah untuk letak duit syiling atas fridge.

Kalau datang angin Corning tu, hah ko sampai sekotak penuh dengan Corning aje. Ni pencapaian terbaik tahun lepas, siap dapat set Corning 5 beradik terus. Dapat aje, terus bungkus guna bubble wrap and masuk duduk diam-diam dalam kotak, nak shipping terus bila nak balik nanti.

Kadang-kadang rasa orang Aussie ni suka membazir atau hati mereka baik suka bersedekah. Bayangkan yer, periuk nasi TEFAL nie I dapat FOC sebab jiran di rumah lama tu letak tepi jalan untuk bagi kat orang yang lalu lalang aje. Kebetulan masa tu, I pi jenguk letterbox sekali tengok makcik tu tgh nak letak kotak, then die panggil I tanya nak tak periuk nasi. I pun pi la tengok and sekali terbeliak la mata bila nampak Cik TEFAL ni. I tanyalah die kenapa nak bagi org, manalah tahu kut-kut rosak ke tapi katanya die dah ada yang baru so yang nie baru beli 2 bulan lepas so nak bagi org aje. Mak aii, beli periuk nasi dalam masa 2 bulan? Hebat !!! So I pun dengan tak malunya cakaplah I nak, and Im willing to pay..(ceh!!! padahal dah tahu die nak bagi free aje) tapi die senyum and ckp..It for you, dear, Take it !!! So, till now masih pakai periuk nasi TEFAL nie and still in good conditions lagi. Nanti I cerita apa lagi barang yang I jumpa di Garage sale atau di Sunday Market yang adakalanya tak masuk dek akal yer.

12 comments:

  1. Askum,
    tiap kali akak post brg hasil rembat dr mana di Ausie tue, teruja je tgk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sitiebby
      Kalau Sitiebby teruja tgk, Kak Gina ni hah, lagi teruja kalau terjumpa and terus beli

      Delete
  2. mak aihh..murah sangat kot kan sampai bagi2 free periuk tefal kat orang :) seronoknya gi garage sales. kat sini kalau ada pun barang2nya tak laa meriah kat sana kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eliss
      Nak kata murah tak juga, tapi entah lah depa ni, pakai tak lama, masih elok tapi suka sgt buang atau bagi kat orang. Malaysia nak buat GS? hmmm, org Malaysia jaranglah nak pakai barang dapur yang second hand, ada tu rasa tak selesa, kan

      Delete
  3. Salam Gina,
    tu yg best kan kat sini diorang tak berkira. brg masih elok pun boleh bg free kat org. wah mesti byk brg nak bawa balik nanti ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ummi
      Entahlah kak, mmg banyak rasanya nak bawa balik nie..antara brg utamanya Corning dan juga toys. Corning aje dah berkotak baik yang beli baru atau jumpa kat GS, balik Malaysia tak tahulah nak simpan mana

      Delete
  4. mak aiii..tefal tuh....salam kenal...follow you...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suria Amanda
      Salam perkenalan. Hah Tu la, maunya tak terbeliak mata bila nampak periuk nasi TEFAL

      Delete
  5. best nye.. tefal tu.... huhuhuh...

    ReplyDelete
  6. Waaa jelesnya kak gina dpt tefal hihihi dh la baru lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. East
      Simpan jealous tu yer sbb nanti tengok Kak Gina tunjuk barang lain yang Kak Gina jumpa

      Delete