Nuffnang Ad

Wednesday, 1 August 2012

Balas dendam

Memang plan nak makan kat IKEA, tapi after ke Kidzania la, sebab tahu akan lama di dalam tu so makan light aje di dalam Kidzania, simpan perut sebab nak makan kat IKEA.

Balik rumah Ibu hari tu ada nampak kad ni untuk I tapi tak sempat nak explore apa kebenda IKEA Family ni. Tapi lambat lagipun nak gunakannya, mungkin tahun depan baru merasa guna.

Wah !!!!! inilah saat-saat yang dinantikan...makan IKEA Meatball yang super duper sedap tu. Selalu kat Adelaide, telan air liur aje bila nampak mat salleh Aussie dok usung tray ada meatballs tu. Kali ni, tak lepaskan peluang yang ada.

Punyalah rasa puashari, order pun sambil cekak pinggang yer, Daddy Jack.

Hah !! oder jangan tak order, sampai penuh trolley tiga tingkat tu dengan macam-macam makanan.

Berebut-rebut nak muffin, so belikan sorang satu and Daim cake yang popular itu.

Nak jugak merasa Fish&Chips kat IKEA ni

Wah !!!! ini yang ditunggu-tunggu selama ini. Ambil 10 biji terus untuk share dengan Daddy Jack sebab tahu, kalau ambil sorang 1-0 biji, maunya buntang biji mata nak menghabiskannya.

Danish pulak siap nak makan pasta pulak, udahnya berlambak-lambaklah makanan atas meja hanya dengan kami sahaja.

Puas, kan dapat makan meatball IKEA nie..ohhh bila kunyah, siap buat ekspresi muka yang puashati lagi. Opsss, sorry, ter elaborate lelebih pulak di bulan puasa yang mulia ini pulak. Ampun yer.

Kalau tak silap, bulan puasa selalunya IKEA ada buat buffet Ramadhan kan. Ada lagi ke tak yer? Tak pernah nak cuba sebab tahu sure ramai orang punya. Tapi teringin juga nalk mencubanya. Tunggu tahun depan la jawabnya.

4 comments:

  1. erk ada lagi ke kek daim? hari tu pegi dh tak de.. hari tu makan meatball tp rasa dia mcm dah lain la n size kecik sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh yer ker? Masa we all dtg tu banyak and patutlah sekejap-sekejap tengok orang ambik, macam tak pernah makan.

      Delete
  2. daim cake tu kawan ckp dh tak der, yang ada tu Almondy Dark Chocolate Cake tak silap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah tu la, masa beli tu bukan Gina yang beli, so tak perasan pulak cake daim tu mmg dah tak ada

      Delete