Balik Malaysia June lepas, mmg tak sempat nak beli apa-apa persiapan hari raya, cuma Ayah ajelah yang sempat belikan the boys baju raya. Bila pergi jalan TAR with Daddy Jack, ajak jalan-jalan cari tudung, katanya tunggu nantilah kita datang sekali lagi which is I tahu, takkan datang punya, alih-alih tahu on the day we all nak balik tu, die pergi Jalan TAR dengan adik die and beli songkok untuk him and the boys...huhuhuhu sedih sebab tak ajak I pun so tak adalah tudung baru nak pakai untuk raya nanti.
Yang I pulak, selama balik Malaysia ingatkan Daddy Jack nak bawa balik all the baju Melayu in purple so masa jalan-jalan dengan Ibu belilah kaftan purple ni sebab baju purple I yang sedondon dengan Daddy Jack tu kain lace, malulah pulak nak berlace-lace di Adelaide ni, so belilah Kaftan nie, sekali bila dah sampai Adelaide, rupanya Daddy Jack dah angkut baju yang warna coklat pulak. La, mana nak matching macam nie. Hmm, nasiblah raya sorang colour lain, 3 lagi warna lain...tapi bila pikir balik, termampu ker nak berbaju melayu and berkurung bagai bila time raya nanti suhu mencecah 11 degree, dengan hujan dan angin semua? Hmmm nampaknya mungkin tidak, kalau dah berbaju tebal diluar and berlapis-lapis baju di dalamnya, lupakan niat berbaju melayu di pagi raya, tunggu Raya Haji ajelah nanti.
No comments:
Post a Comment