Nuffnang Ad

Wednesday, 22 August 2012

Rewang raya

Since kali ni we all beraya di Adelaide, so we all naklah buat something yang boleh diraikan bersama-sama dengan my Adelaide's gang yang tak balik beraya di Malaysia juga. Since me and Daddy Jack is one of the committee in MYPSA so kenalah buat majlis raya untuk para pelajar postgrads disini. We all planned dah lama pasal majlis hari raya nie and nak menambahkan kemeriahan hari raya disini, we all rancang untuk buat rewang raya, iaitu sehari sebelum raya kita akan masak beramai-ramai untuk menjamu para tetamu di hari raya nanti.

Persiapan membeli barang dibuat oleh Daddy Jack on Friday, letih juga pi sana-sini untuk membeli segala kelengkapan, tapi in the mean time seronok dapat berjalan ke sana sini instead of duduk terperuk dalam rumah aje. We all kat Adelaide tak sure 1 Syawal tu bila samada sabtu atau Ahad so kena be prepare ajelah. So bila tahu malam Jumaat tu yang Ahad will be 1st Aidilfitri so we all still buat juga majlis rewang oin Sabtu, then buka puasa terus bersama-sama. Tempat merewang we all pilih rumah Surah sebab belakangnya luas so bolehlah masak-masak di belakang rumahnya aje.

Menu yang kita pilih untuk sediakan pada Hari Raya nanti adalah satay, kari daging, rendang ayam dan juga nasi minyak. Masing-masing ada tugasnya sendiri yang we all dah agih-agihkan. Satay ada seorang my Adelaide's gang yang pakar membuatnya. Memang perniagaan keluarganya di Ipoh, so die dipertugaskan untuk handle satay cuma katanya boleh marinate the ayam tapi tak sanggup nak mencucuknya sebanyak 12kg so we all ramai-ramai pakat cucuk satay tu sambil tu bolehlah belajar cara cucuk satay, selama ni hanya tahu makan satay aje. Lelaki yang gagah perkasa dipertanggungjawabkan untuk membasuh dan memotong daging sebanyak 25kg, phewww, bukan sikit-sikit tu.

Kaum wanita sibuk sungguh didapur, bekerja tanpa mengira apa jua tugas, ada yang memotong bawang, malah ada juga yang memasak untuk makan berbuka nanti. Terima kasih semuanya. Tak terasa sedih walaupun pasang lagu-lagu raya di dapur..masing-masing gembira dan bergelak ketawa tapi dalam hati mungkin ada yang sedih tak terkata yer. Ini kalau mak ayah di Malaysia tengok sure depa terkejut bila tgk anak-anak perempuan mereka bersungguh-sungguh di dapur, cucuk satay semua.

Bila dah petang sikit, barulah tugas memasak rendang dibuat, maklumlah bukannya sekejap nak masak rendang nie, then we all disini manalah ada kuali yang besar untuk masukkan 8 kilo ayam so kena masak sikit-sikit dulu.

Masing-masing sibuk dengan tugas masing-masing di luar. Kak Azie dipertugaskan untuk handle rendang ayam manakala Surah dengan gulai dagingnya sebanyak 25kg. Tiba-tiba semua kena terror bab masak-masak nie, nanti balik Malaysia bukan hanya bawak balik PHD tapi bawak Diploma bahagian memasak juga.

Kalaulah ada students para postgrads yang baca blog I ni, sure die akan rasa bangga tengok their lecturer bukan hanya belajar disini tapi juga boleh memasak serba serbinya. So bila time buka puasa, tuan rumah, Surah begitu berbesar hati memasak laksa Penang untuk hidangan para tetamu while me dah agihkan beberapa keluarga untuk memasak nasi putih untuk hidangan berbuka. Di rumah Surah, kami decided nak masak ayam halia dan juga goreng telur dadar aje tapi tak sangka ada juga beberapa my Adelaide's gang like Najwa yang membawa stew daging, Kak Wan membawa kurma ayam dan juga sambal belacan, Is membawa bubur kacang dan juga buah melaka and then Kak Z membawa pizza sebab katanya tak sempat nak buat apa-apa pun. Terharu rasanya dengan segala makanan yang terhidang diatas meja. Alhamdulillah, berkat akhir Ramadhan so makanan atas meja melimpah ruah, dikongsikan bersama-sama.

Masing-masing berbuka dengan seronok, maklumlah dapat berbuka ramai-ramai so meriah suasana rumah Surah dengan gelak ketawa dan juga suasana hingar bingar. Memang terasa macam berada di Malaysia, bila berkumpul di malam raya dengan adik beradik, dan juga saudara mara. Lepas Maghrib, ada sessi bertakbir beramai-ramai, lagilah terasa suasana beraya. Dah lama tak buat takbir di rumah, kali ni rasa sungguh bermakna.

Tiba-tiba semua terasa jakun jugak kan maklumlah dah lama tak dengar takbir raya, selalu dengar from youtube aje so kali ni dengar secara live so semua dok pakat-pakat ambil gambar sebab nak upload kat FB masing-masing.

So lepas bertakbir, masing-masing sambung balik kerja-kerja memasak, tengokkan kan rendang dan juga kari ayam. Kanak-kanak dok sibuk main bunga api di belakang rumah. Jadilah main bunga api besi tu, janji ada mood raya.

No comments:

Post a Comment