Nuffnang Ad

Wednesday, 15 August 2012

Iftar Perdana Adelaide

2 minggu lepas, berlangsungnya Majlis Iftar Perdana anjuran kelab-kelab pelajar yang ada di Adelaide termasuklah MYPSA that is kelab pelajar postgrads yang me and Daddy Jack menjadi AJKnya. MYPSA ditugaskan untuk menyediakan nasi dan juga kuih-muih untuk tetamu yang hadir.

Masa tahun pertama berpuasa di Adelaide, pernah juga menghadiri majlis iftar besar-besar macam nie, tapi pengalaman lau bila terpaksa beratur untuk mengambil makanan punyalah azab, so untuk iftar besar mcm nie, we all decided untuk pack terus nasi, lauk and kuih muih untuk senang diambil oleh para tetamu.

Nasi yang we all sediakan adalah nasi minyak sebanyal 40kg. Phewww, jenuh juga nak mencari orang yang bersesuaian untuk masak nasi sebanyak itu. Mujurlah ada Kak Nana yang boleh membantu untuk menyediakan nasi itu. Manakala lauknya, disediakan oleh persatuan lain yang sangat sedap, Ayam sambal.

My 3 crew member yang bertungkus lumus menolong bungkuskan 2 jenis kuih, donut dan juga karipap sebanyak 500 biji. Bukan sikit-sikit tau, mau bengkok tangan dibuatnya.

Antara My Adelaide's gang yang sudi hadir untuk berbuka serta berterawin bersama-sama di majlis ini.

Anak-anak pun seronok berkumpul, dapat berjumpa kawan-kawan mereka

Keluarga baru yang akan beraya untuyk pertama kali di rantauan, Is. Tak apa, tak payah sedih-sedih, we all pun dah rasa macamana beraya kali pertama tanpa keluarga disisi, mula tu sedih la tapi bila dah berkumpul dengan kawan-kawan yang tak balik Raya, seronok and hilang rasa sedih tu.

Sabar menanti sementara menunggu waktu berbuka puasa

Daddy Jack dipertanggungjawabkan untuk menjadi ketua bagi MYPSA untuk handle bahagian nasi dan juga kuih muih. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.

Masing-masing seronok berkumpul tanpa mengira umur. Bila bulan puasa, jarang dapat berkumpul macam gini, maklumlah masing-masing sibuk dengan persiapan berbuka dan juga program terawih masing-masing.


4 sekawan yang sering berjumpa dimana sahaja, tapi tahun depan 2 orang akan pulang ke Malaysia pada awal tahun. Tak tahulah macamana the boys nanti yang akan kehilangan teman main bola dan juga rakan mainan di hujung minggu.

Aqilah first time beraya dengan anak perempuannya, Aliya

Selain jadi orang kuat majlis, AJK MYPSA juga bertungkus lumus mengedarkan borang keahlian ahli baru untuk orang-orang yang baru sampai ke Adelaide ni.

Tetamu pun dah makin ramai yang tiba apabila waktu buka puasa semakin hampir.

Sementara menunggu waktu berbuka puasa, bertanya khabar sesama kami, maklumlah memanglah duduk dekat-dekat tapi nak berjumpa hari-hari tu bukannya senang sebab ada diantara kami yang belajar, so hujung minggu dihabiskan waktu dengan keluarga.

My besties here in Adelaide, Kak Shidah yang selalu menjadi tempat untuk luahan perasaan di kala sedih dan juga Surah yang rumahnya selalu jadi port untuk kami pi bila hujung minggu sebab ada backyard yang luas untuk anak-anak bermain. By awal tahu depan, Kak Shidah akan kembali ke Malaysia after perjuangannya di Adelaide seelsai while me and Surah ajelah yang masih tinggal untuk meneruskan perjuangan itu.

Kak Zack as VP Female dalam MYPSA. Terima kasih Kak Zack atas commitment Kak Zack as part of the AJK. Walaupun duduk paling jauh antara AJK yang lain, tapi Kak Z tetap datang untuk memeriahkan majlis iftar ini.

Bila tiba waktu berbuka, semuanya menunggu dengan penuh sabar dengan kuih muih dan juga kurma.





Selepas bersolat maghrib, sesi pengagihan nasi yang telah dibungkus. Lepas makan nasi, me and the boys balik rumah dulu while Daddy Jack stay for Isyak and Terawih dan seterusnya sessi kemas mengemas dewan. Alhamdulillah, program ini berjaya dan dapat menarik ramai para hadirin untuk menghadirinya.

10 comments:

  1. seronok jugak berkumpul ramai2 ni yer kat tempat orang. terubat sket rindu kat kampung halaman :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eliss
      Memang seronok berkumpul ramai-ramai macam ni, so taklah sedih bila duduk berdua dirumah tu, esp time berbuka puasa.

      Delete
  2. Replies
    1. Suria
      Seronok, memang seronok bila meriah-meriah macam ini

      Delete
  3. Kak Z is my sister...owh rindunya pada kamu semua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zue
      Dulu susah sangat nak jumpa Kak Z, sekarang ni seronok dapat jumpa selalu

      Delete
  4. Sonok dpt merasa bbuka di perantauan :) hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ros
      Memang seronok, tak dapatdogambarkan pengalaman itu

      Delete
  5. Hi Gina. selamat berpuasa & berhari raya...rasanya org baru tu Isabel kan? she is a blogger too..tak sure u perasan ke tak blog dia. ke I salah org? hehehehe.

    ReplyDelete
  6. Sape pulok yg kirim salam kat i, cik diva?

    btw, this is not my first time di perantauan. dulu kan dah merasa. Sedih pun tak, sebab org2 tersayang ada dpn mata.

    ReplyDelete