Dah dekat Adelaide, sesekali kenalah berbuka gaya Aussie kan. Itupun dah pukul 1 petang Daddy Jack cakap nak makan ayam panggang. Ayam masih keras kedentung dlm freezer so terpaksa lah defrost kejap. Just marinate dengan apa yang ada dalam pantry ajelah nampak gayanya then potong ubi kentang, labu and also ubi keledek nak bagi ada karbo sikit. Udahnya, panggang dekat pukul 3 for about an hour jugaklah.
After sejam dah ready, then kena rest for about 30 minit. Mujurlah sempat nak bergaya depan kamera nie, kalau tak, hmm kelam kabut jugak nak siapkan meja, then nak ambik gambar makanan lagi.
Buat steamed vege ajelah which is carrot, beans and cik brocoli aje. Then terlebih rajin buatkan juga mushroom soup and garlic bread guna garlic powder jer.
Ada aje beli mixed vege dekat Coles so letak garam and pesto sikit and put back in the oven, grill kejap for about 40 minues and done. Tunggu waktu nak berbuka aja.
Okay, berbuka puasa hanya 2 dewasa dan 2 kanak-kanak tapi makanannya penuh meja dah. Alhamdulillah, rezeki dari Allah dapat juga berbuka dengan bermacam-macam makanan.
Salam Gina,
ReplyDeletewahh meriah jugak makanan tu. semuanya sedap2 belaka. setakat ni masak nasi utk berbuka, mungkin bagus juga idea ni sekali sekala buat western la pulak kan ;)
Salam Kak Ummi
DeleteGina mmg tak berbuka dengan nasi, so kadang tu mee, bihun ataupun anything as long as bukan nasi. First time cuba buat ayam panggang seekor mcm nie, sellau guna pieces aje.