Nuffnang Ad

Friday, 24 August 2012

Tugasan itu

Setiap kali raya tiba, Daddy Jack akan mengambil alih tugas untuk menggosok baju untuk kami sekeluarga. He's a perfectionist so baju semua kenalah in perfect conditions.

Gosok baju bukannya kejap-kejap, makan masa lama jugak kalau Daddy Jack yang buat. Hmm, since datang Adelaide ni, jarang we all gosok baju, unless ada baju yang betul-betul kena gosok. Kalau tak, tak payah lah nak bergosok semua. Kalau kat Malaysia, nak keluar berjalan-jalan, tshirt pun habis digosoknya juga.

Baju yang Ayah and Ibu kirimkan tak sempat nak basuh pun, tak sempat so gosok and pakai terus ajelah.

While Daddy Jack busy dengan hasil gosoknya, I pun bersilat di dapur. Tahun ni sempat buat nasi impit segera and rendang ayam sahaja, sebab dah penat merewang raya di rumah Surah. Tido pun pukul 1 pagi. Apa pun rasa bangga juga, dapat menyediakan hidangan sendiri di pagi Aidilfitri nanti.

1 comment:

  1. baju raya yg awesome colournya tu dari butik omar ali ke?

    ReplyDelete