1 Syawal di Adelaide di sambut serentak dengan Malaysia, so taklah rasa janggal bila telefon family di Malaysia mereka still puasa while us dah raya, so tak adalah mood sedih-sedih tu. Perkara yang paling mencabar di waktu pagi Sayawal kali ini adalah nak mandi sunat Aidilfirt, sebabnya sejukkkkk sekali. Tapi gagahkan juga mandikan the boys. Lepas mandi, cepat-cepat pasang heater then pakaikan baju. Nak beraya dengan berbaju melayu, pakai baju di bahagian dalam sampai 3 lapis tu.
Sementara menunggu Daddy Jack balik from sembahyang raya, I siapkan dulu the boys. After dah siap semuanya then barulah I pulak yang bersiap.
Bila semuanya dah bersiap, sebelum sessi bermaafan, ambil gambar family dululah.
Sedih juga bila pagi-pagi raya hanya kami berempat sahaja di sini, tak balik beraya di Malaysia. Dalam hari rasa sayu bila melihatkan semua my siblings balik beraya di Kuantan tahun ini. Tapi tak apa, Insyallah tahun depan kita beraya bersama.
The boys pun besar so rasa seronok dapat beraya walaupun hanya kami berempat sahaja.
So, lepas sessi bersalaman, we all kena berkejar pula ke rumah one of my Adelaide's gang yang ajak kami semua berkumpul di rumahnya di pagi raya. Then after that, we all kena berkumpul di park untuk rumah terbuka MYPSA pula.
No comments:
Post a Comment