Nuffnang Ad

Wednesday 25 July 2012

Retro habis

Masa balik dulu, sempat jugalah buat set pendua untuk kunci rumah di Adelaide. I suka kalau simpan kunci like dalam 4 set sebab senang kalau ada apa-apa emergency nanti. Kat Melawati ni ada satu kedai kunci yang I selalu pergi, kenapa suka..sebab kedai kunci tu share dengan kedai biskut yang klasik sangat.

I rasa I membesar dengan kedai ni, since dulu Ayah pun selalu suka beli biskut timbang kat kedai ni. We all kalau Ayah ajak pergi kedai biskut nie memang suka sangat sebab masa nielah nak pilih biskut yang kita suka. Dulu, kedai ni hanya menggunakan tin biskut aje nak displaykan biskutnya tapi sekarang dah maju la sikit, guna balang kaca, so lagi senang nak pilih biskut kegemaran masing-masing.

Ada juga biskut yang dah siap dibungkus,kalau tak silap ni dalam 100gm rasanya. Berjenis-jenis biskut ada dijual disini, namakan aje. Eii, oleh sebab Australia tak boleh bawak masuk makanan yang macam-macam so tahankan ajelah nak membeli pelbagai jenis biskut ni, kalau boleh, dah lama dah I suruh Uncle ni bungkuskan biskut-biskut kegemaran I sebanyak 2kg each untuk bawa balik Adelaide.

Nilah yang biskut yang paling I suka sangat-sangat makan, biskut kacang. I ambil sampai 1kg untuk buat mkana-makan dalam kereta atau just munch masa dirumah. Jadi ketagih pulak makan biskut kacang nie, even kalau raya pun I beli kuih kat kedai ni juga as part of kuih raya selain dari biskut Mazola kegemaran. Hmm, nampak gayanya tahun nie melepas lagilah nak makan biskut Mazola Malaysia, nak kena buat my own kat Adelaide untuk Raya nanti.

7 comments:

  1. nostalgic..dulu my nenek sedara jual biskut dalam balang mcm nilah...
    sekali dapat kat ikea terus tukar penutup plastic tu dengan kaca..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik NenetPenne
      Memang nostalgis, dulu uncle ni pakai tin aje sekarang dah pakai balang kaca, lagi jenuh nak buat pilihan sebabnya semyanya clear

      Delete
  2. saya suka jugak kedai biskut yg timbang2 ni. kalau ada biskut kapal terbang syok jugak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eliss
      Macamana pulak gayanga biskut kapal terbang tu? tapikan tgk biskut lemak pun ada macam-macam jenis jugak kat sini

      Delete
  3. Salam Gina,
    wah rambang mata tengok biskut mcm ni. mcm nak rasa semua lah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kak Umi
      Memang yer sungguh kak, ikutkan macam-macam biskut nak beli

      Delete
  4. sekarang ni ramai juga org jual biskut yg dalam tin tu dekat pasar pagi. pasar malam tak pernah nampak lagi. tapi waktu pagi ada la memang akan beli la..

    ReplyDelete