Nuffnang Ad

Wednesday, 28 November 2012

My COACH's story

Sejak balik Malaysia 3 minggu lepas, belum pergi Paviliion lagi. Entah bilalah nak perginya.



Cerita dah basi..bulan 6 lepas masa we all balik Malaysia 2 minggu sepmat jugaklah menjenguk butik idaman ni. Entahlah, walaupun ada yang cakap, COACH ni if dekat US taraf cashier atau pekerja kilang aje yang pakai tapi I still minat sangat-sangat. 

Tak menyangka nak masuk sini, tapi bila dah terpampang perkataan CLEARANCE di pintu masuk tu, haruslah terjah jugak, kan. Nak melawat kawasan aje ni.
 
Tengok yang clearance macam dah tak berapa cantik, yer la maybe ramai yang dah beli kan. Sekarang ni I tengok memang dah ramai yang pakai COACH and I pun turut bangga. So kita check la pulak latest collection.
 
Cantiklah yang ini, belum pernah ada this colour. Normally my COACH's brown, white and light brown and  tengok warna yang terang mcm ni, rasa cantiknya.

Dah tersangkut untuk membelinya


Hohohohoh, bergaya habis
 




But, sekarang ni I tengok ramai juga yang jual handbag COACH yang tak original thru online. Yang bergantungan di uptown tu mmg la tapi ni ada one of my friend pernah kena tipu beli online. Nanti I cerita how to detect a fake COACH.

My new COACH for 2012, dipakai di waktu raya lepas..and still growing coz balik ni pun beli lagi...hehehehe

Tuesday, 27 November 2012

Chakri Palace pulak

Sejak balik Malaysia ni, rasanya pergi KLCC entah berapa kali dah. Adakalanya datang untuk makan aje, ataupun berjalan-jalan. Tapi walaupun beberapa kali ke KLCC, we all tetap tak pernah jemu tambah pulak sekarang ni KLCC dah berubah wajah, dah banyak pulak kedai yang bertukar kedudukan and bertambah.

If nak makan Thai food we all suka ke Chakri Palace. Satu lagi tempat the real authentic Thai cuisine yang we all selalu pergi is Sri Ayutthaya di Wangsa Maju.

Hmm, sedapnya makan Ayam Pandan, lama tak makan

 Butter prawn, but tak sesedap if makan di Chinese restaurant.

Sotong goreng tepung

Garoupa with plum sauce, sentiasa menjadi pilihan

Ohhhh, ni paling tak tahan...kerabu mangga. Sedapnya,

Penuh our table with makanan, ni pun ada aje yang datang like soft shell crabs, tomyam and some individual dish. Kenyang perut, suka hati.

Terima kasih Ayah, belanja kami semua

Dah ada anak kecil ni, bila dah habis makan, masing-masing tak boleh duduk diam kat kerusi. Nak berjalan sana ke mari. Tapi kena pastikan makan dulu sampai kenyang.

Dah puas pi sana-sini sibuk pula Ryan the Lion nak main pistol yang baru dibeli di Petrosains tu. Kan dah kena marah dengan Daddy Jack. Tapi I agak hampa makan di Chakri Palace kali ini cos tak ada Pulut Mango as a dessert. Huhuhuhu, dahlah terasa-rasa aje di bibir sebab the waitress cakap the mango agak masam so tak berapa sesuai untuk dimakan dengan pulut. Kena cari kat tempat lain la pulak, pulut mango nampak gayanya. Rasanya nanti nak makan di Wangsa Walk pulak.
 

Berjalan-jalan sambil bekerja

Alhamdulillah, semalam we all selamat berada di Singapore. We all ikut Daddy Jack yang akan present his paper at Nanyang University. Last year, me and Daddy Jack berdua ke Chiang Mai so kali ini since dekat aje we all pun bawalah the boys sekali. We all kan, dulu memang hujung tahun aje sure akan ke Singapore, kononnya nak berboxing day disini, and also melihat decoration Christmas di Orchard Rd. So far, nak jalan-jalan kena tunggu Daddy Jack habis his conference la. Mujur dalam bilik ada wi-fi so bolehlah beronline sentiasa. Will update more about our journey to Kota Singa, later.
 

Monday, 26 November 2012

Madam Kwan's KLCC

Tak sempat nak jalan-jalan sebab we all sampai KLCC pun dah pukul 8 mlm so lepas Ayah beli kasut, we all terus had our dinner at Madam Kwan's. Ini kali kedua we all makan kat sini sejak balik kali ini, minggu lepasnya makan dengan Daddy Jack tapi di Mid Valley.

Pilih menu masing-masing, perut pun semuanya dah lapar

We tried the ABC before and kali ni datang nak tried their cendol pulak

Ryan will always setia dengan sataynya

Madan Kwan's dengan Nasi Bojarinya. Tiada lagi menu ini dimana-mana restoran lain di KL ini. Its their signature dish.

Ice-cream as a dessert for the boys. Satu lagi signature dish disini adalah Banana fritters with ice-cream. Memang I ada order tapi lambatlah pulak so tapau aje bawa balik.

Dapat makan ice-cream semuanya diam

Hmm, sedapnya. 

Teman ayah shopping

Since Ibu pi London, Ayah selau jugak keluar ke KLCC, adakalanya untuk makan atau berjalan-jalan aje tapi hari Khamis lepas nak ke KLCC untuk mencari kasut pulak. If kasut, Ayah selesa dengan jenama Moreschi. Since dari dulu lagi Ayah dah selesa dengan jenama ini.

Ohh rupanya ada private sale for the member, patutlah tak nampak ada perkataan SALE di depan tu. Sekarang ni, I tengok dah jadi mcm trend for the designer boutique hantar personal sms to the potential clients untuk buat private sales. Kenapa agaknya yer?

We all ni memang tak pernahlah masuk kedai kasut mcm ni, selalunya Daddy Jack prefer kasut from ZARA, even kasut Boss yang jadi hantaran kahwin dulu pun masih dipakai lagi. Then sometimes ada juga beli kasut from Mossimo Dutti tapi since dah tak kerja ni, dok layan sneakers ajelah.

Rasanya if temankan orang lelaki bershopping lagi sebabng kut, pilih, belek-belek if minat then terus beli. Berbeza sungguh kut dengan perempuan. Macam I belek satu tgk kesesuaian, then cari lain, buat benda yang sama, pastu kalau pilih kasut, minta sampai 2-3 saiz dan pattern yang berbeza. Posing depan cermin, then belek, tak berkenan, pilih lagi sampaikan ada satu tahap tu rasa stress nak membuat pilihan.

Tahulah bila dah bawa my boys ni, agak menghuru harakan sekejap. Berposing depan cermin and gelak ketawa.

Untuk melekakan seketika, dok main camera dalam tu dengan membuat pelbagai aksi.

Dah makan cantik pulak pattern and design shoes for men, Dulu bila Ayah ajak masuk kedai ni rasa semua kasut macam sama aje, yang berbeza cuma warna aje. Sekarang ni dah ada apparel juga.

Wah !!! Dah ada women collection pulak. Cantiknya I tengok the flat shoes tu. Sebijik pulak mcm Ferragamo. Tengah ada sale tu, tapi still tetap bersedih sebab COACH dah tak jual kasut dah. Ingatkan balik ni, naklah beli sepasang kasut tapi hampa bila their shoes collection telah ditarik balik penjualannya. Nanti I ceritakan yer.
 

Sunday, 25 November 2012

Sejuk-sejuk seronoklah bersteamboat

Sekarang ni, bila petang aje, KL dah mula gelap then tak lama lepas tu hujan turun mencurah-curah. Mujurlah I ni mood bercuti, if masih kerja tak tahulah berapa lama stranded dlm traffic sebab rata-rata tengok dalam twitter orang dok complaint stuck dlm jam sewaktu hujan. Bila sejuk-sejuk ni, dapat makan steamboat mmg la sedap, tambah sedap bila ada orang belanja, kan.

Daddy Jack favourite makan steamboat ni, I so-so ajelah. If makan di Johnny's normally hanya Daddy Jack aje yang oder set steamboat for one while I makan la menu ala carte die. Tapi di Steamboat ni, tak ada pilihan makanan yang lain so tepaksalah juga makan ini.

Setiap kali keluar makan, haruslah semua pun join sekali. Mujurlah masing-masing duduk dekat-dekat dengan rumah ibu, tak ada yang jauh. Rasanya yang bakal duduk jauh sikit dari Ibu would be us la sebab dah beli rumah di Setia Alam. Kenalah pindah duduk sana sebab dekat dengan tempat kerja masing-masing.

Panjang meja bila semua pergi makan sekali. Hiruk pikuk dengan budak-budak jangan cakaplah.

We all makan Steamboat di Festival City Mall aje. Ayah yang suka makan di Steamboat ni. Dulu if nak makan kena pi sampai IKEA tapi tak larat nak jalan jauh-jauh hanya nak makan disini. Bila dah buka di Festival City, tak ada masalah lagi untuk makan steamboat.

Masing-masing muka penat sebab sebelum Ayah ajak keluar, we all dah tawaf MidValley juga so agak keletihan jugaklah. Tapi demi makan dengan family, gagahkan juga untuk pergi.

First time bawa Ryan makan steamboat. Kalau makan di Johnny's kan setiap meja hanya ada satu hot pot aje yang disediakan tapi disini each individu ada their own hot pot sendiri. I seram jugak if Ryan ada his own hot pot so kita share ajelah. Bila dapat peluang macam ni, apa lagi, diletakkan semua dalam satu pot tu.

Berselera pulak Ryan makan, semangkuk nasi and 1/2 mangkuk mee wantan. Balik tersandar kekenyangan and terus tidur tanpa sempat minum susu.