Nuffnang Ad

Friday 23 November 2012

Ayuh kita ke pasar tani

Tak pernah nak bawa the boys ke pasar tani atau pasar malam. So kali ni, disebabkan masing-masing dah bangun awal and Daddy Jack pun ajak ke pasar tani untuk cari breakfast so jomlah kita buat lawatan sambil belajar dengan the boys ke pasar tani.

Macam-macam barang basah yang dijual di pasar tani, kan. Ada yang menjual ayam, daging dan ikan. Nampak orang jual umbut terasa nak makan masak lemak umbut kelapa and paling tak tahan tengok petai yang gemuk-gemuk..sedapnya buat cicah ngan sambal tempoyak. Gulp !

Tak ketinggalan yang menjual sayur-sayur, especially sayur sayur kampung..sedapnya buat ulam. Dahlah lama tak makan ulam-ulaman kampung ni, di Adelaide hanya timun and salad pengganti ulam. Tapi bila di pasar tani nampak pegaga, pucuk gajus and daun selom rasa seronok sangat. Dah lama juga mulut ni tak mengunyah-ngunyah kerepek. Yang best tu siap ada tester lagi. Dengan 3 bungkus RM10, dapatlah beli kerepek pedas, kerepek pisang dan juga tempeyek.
 
Ryan yang agak pelik tengok suasana di pasar tani. Becok mulutnya bertanya sana sini. Nampak orang jual nasi lemak, siap menari-nari lagi. Ada kes nasi lemak ni dengan Ryan since dari Adelaide lagi. nanti lah I ceritakan. Nampak orang jual lemang pun melopong kejap.

Kuih muih and makanan jangan cakaplah, banyak sangat dijual di pasar tani ni dari yang dah masak, frozen sampailah pes and rempah masakan pun ada juga. Ada gerai budak-budak muda yang menjual berjenis-jenis cucur like cucur udang, ikan bilis, labu, pisang, keledek and durian serta pelbagai jenis cucur lagilah. Sedap, 14 biji hanya RM2. Ingatkan nak breakfast denga n nasi dagang, tapi beratur punyalah panjang, maybe some other time la kan.

Okay, breakfast minggu pertama ke pasar tani. Penuh meja sampaikan tengahari pun dok mengulang makan yang sama juga. Daddy Jack dok teringin lama nak makan yong tau foo, while me dengan putu piringnya and the boys nasi lemak and ayam goreng aje pun cukup dah.
 

4 comments:

  1. Replies
    1. Amanda Suria
      Tu la kan, macam-macam jenis sayur, ikan dan kuih muih pun ada, yang penting sediakan duit aje...hehehhee

      Delete
  2. pasar tani mana ni kak Gina? susahnye nak cari umbut kelapa kat kl ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Ija
      Ni kat Pasar Tani Taman Melawati, nampak a few gerai yang menjual umbut kelapa ni

      Delete