Nuffnang Ad

Sunday 4 November 2012

Preparation sebulan

Setiap kali nak buat birthday party untuk the boys, persiapannya memakan masa dekat sebulan, planning jangan cakaplah, rasanya kalau tiap-tiap malam tu Daddy Jack dah start buka Cik Applenya then duduk diam aje tu tanya ada ajelah idea die untuk birthday the boys tu. I ikut ajelah tapi yang bestnya tahun nie untuk buat pertama kalinya, tema majlis birthday kali ini ditentukan oleh anak -anak, bukan Daddy Jack yang tentukan. Tema tahun ini adalah NinjaGo, one of LEGO character. So, I pun rasa seronok nak ambil bahagian didalam kemeriahan majlis ini.

Sebulan sebelum majlis dah menyiapkan the cardboard ni. Sing malam la we all dok colour the giant print size character ni sampaikan rasa lenguh tangan dok mengaler aje. Mujurlah buat 5 figurines aje, kalau kena buat banyak, tak larat la.

Demi untuk salah satu games yang disediakan untuk kids, we all pun belilah pool ni. Ingatkan kecik aje sekali bila dipam, penuh hall rumah dengan pool ni. Mujur tak lama lagi summer, so dapatlah berendam dalam ni di waktu panas nanti.


As always, Daddy Jack la yang jadi mastermind dia walaupun tema sukannya diketepikan untuk kali ini but stil ada unsur-unsur sukan untuk games bila birthday party nanti.


  Lai seminggu majlis berlangsung, still involved dengan aktiviti mewarna lagi.

Malam sebelum berlangsungnya birthday party, sessi memasukkan goodies bag di dalam paper bag yang dibuat khas untuk majlis birthday Ryan ini. Semua goodies dalam party pack tu adalah makanan-makanan kegemaran Ryan, antaranya coklat Fredo, biskut BBQ, Mentos serta OREOs.
 

2 comments:

  1. Wah...mesti seronok...tak pernah lagi buat birthday dengan tema...tahun depan maybe ble buat ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kniedaz
      Cubalah buat birthday party ikut tema pulak..seronok tau..jgn lupa ajak kita tau...hehehehe

      Delete