Pagi-pagi Ahad di Adelaide ni, mulalah teringat pagiu-pagi waktu di Malaysia dulu bangun aje terus pi beli nasi lemak dekat Cik Mah di tepi rumah tu. Nasi lemak sambal sotongnya yang power itu.
If ramai, sampai kena beratur nak membelinya. Gerai yang dah bertahun lamanya disini, even masa I sekolah pun dah ada, rasa dan kualiti nasi lemak tetap sama yang berbeza cuma harganya but still bersesuaian dengan harga barang-barang yang makin naik, ni kan.
Bila dah lama tak beli, mulalah membeli mcm tak pernah jumpa. Sekali beli sekali angkut dengan kuih muih semua.
Dulu hanya ada nasi lemak biasa aje, then tambah sambal sotong but now dah ada macam-macam lauk. So pilihlah mana yang berkenan and sedap.
Ohh rindunya nak makan nasi lemak makcik ni, paling rindu nak makan breakfast beli aje from kedai. My breakfast for today, WheatBix ja sebab pagi ni the boys ada soccer training sampai pukul 11am (waktu Adelaide).
No comments:
Post a Comment