Nuffnang Ad

Tuesday, 12 March 2013

Santos Down Under

 Ni cerita dah basi...since awal bulan January...layan dululah yer....

Since school holiday tak ada pergi mana-mana, duduk rumah menahan kepanasan aje so satu hari tu ajak the boys pergi library. Daddy Jack tak ada so kita berjalan kaki sambil menikmati pemandangan yang cantik tu kan.
 
Terlupa yang hari we all pergi library tu, ada pulak Santos Tour Down Under di Campbelltown area ni. Ni macam ala-ala Tour De Langkawi la tu.

Patutlah banyak tengok orang berjalan kaki aje, rupanya semua menuju ke sini. Sempat tengok lagilah newscaster buat live coverage kat sini.

Masa ni the cyclist belum sampai, masih berada di Adelaide Hills but ada screen besar yang disediakan so tunggu beberapa jam lagi untuk mereka sampai. Hari pun dah semakin panas terik dah ni.

Sebelum masuk library, duduk kejaplah, lepak sambil tengok orang ramai yang datang untuk menyaksikan event ni.
 
Mujurlah library buka walaupun kat depan tu ada event and orang pun ramai, so jom kita masuk and tumpang aircond kejap.

Danish dan Ryan dah pernah pergi library ni, masing-masing dah tahu mana nak cari buku yang mereka suka. Orang pun tak ramai kat dalam ni, maybe ada yang pergi bercuti bersama keluarga, maklumlah cuti sekolah yang panjang.

Danish suka sangat dengan Diary of Wimpy Kids collection. Hari tu pernah nampak the collection at Target tapi tak sempat nak beli. Nanti kita beli lah yer Danish.

Satu buku yang membuatkan I tertarik untuk membacanya. Buku ni dijumpa di Children's section. Sejak kecil diajar untuk tidak menjadi copycat, satu buku yang baik sekiranya dijadikan rujukan untuk budak-budak universiti juga.

Ingatkan nak pinjam buku apa, balik-balik pinjam buku sports jugak my kerinting ni.
 
Selain buku, kat library ni pun boleh juga meminjam DVD, CD even Blu Ray juga tapi basically cerita nya pun taklah menarik sangat. Ada tu cerita yang lama-lama. So the boys pun taklah eager nak meminjam pun.

Hahahha, ternampak lah pulak CD one of my favourite sitcom masa dulu, la ni jenuh la tengok kat Youtube aje, tak payah susah pun.

Library cards for each one of us. Kat sini pun ada Toys Library, so kita boleh pinjam any toys untuk dibawa balik. tak berani lah i nak bawa masuk the boys kat situ, kang mcm-mcm nak dipinjam. Kat rumah pun toys dah banyak from garage sale, sunday market, even yang beli baru. Itu belum kira lagi yang dalam garage yang masih elok dalam kotak, belum dibuka lagi. Adoiiii !!! pening pikir bila bab toys ni.

Di parking lot depan library tu ada dibuka gerai-gerai mcm art and crafts, foods and macam-macam lagilah. Dengan hari yang panas ini, we all pun mencarilah air yang sejuk untuk diminum, apalagi Iced Tea la.

 Wish adalah orang kita yang menjual karipap atau nasi lemak kat sini...heheheheh

Ada 2 hours before the cyclist nak menamatkan acara mereka ini.. So, ada a few entertainers yang membuat persembahan, clowns pun ada juga.

Dengan cuaca yang agak panas sini, ada penganjur yang menyediakan beberapa cenderamata untuk gree giveaways kepada para pengunjung. We all dapat this cute hat from Skoda.

Tak ketinggalan juga ada yang menjual cyclist punya apparel. Daddy Jack berminat sungguh dengan baju-baju mcm ni tapi tak ada pulak yang team UNISA punya.

Bila we all berjalan-jalan lagi rupanya banyak lagi free giveaways yang diberikan kepada pengunjung. Kat sini aje we all dapat clappers, another free hats, even water bottles. Itu belum kita lagi goodies yang diberi from others sponsors. Bukan aje from sponsor, from unit keselamatan like bomba, polis dan juga kelab haiwan. That's one reason yang I suka sangat bila ada big event kat Adelaide ni, banyak sangat free stuffs.
 

No comments:

Post a Comment