2 minggu lepas (Haishhh, banyaknya entry basi kan) sekolah Danish menganjurkan sports day. Biasalah, selalunya sekolah ni buat sports day awal tahun sebab siang yang panjang then cuaca pun masih panas lagi. Every year, acara sukan ini dikenalai as Twilight Sports Day, bermula at 12pm and ended till 630pm. Minggu tu pulak kebetulan Danish tak berapa sihat, demam so 2 hari sebelum sukan tak pergi sekolah. Pihak sekolah dah mentioned dalam memo if hujan so sukan akan ditunda pada minggu depan. On the sports day tu pun masuk sekolah lambat around 12pm so Danish menunggu la sambil duduk atas tembok tengok kat padang sekolah dengan harapan sukan tetap dijalankan. After nampak a few students lalu depan rumah sambil berbaju hijau, merah dan biru dan jenguk padang sekolah, nampak guru PE, Mr Thom sedang menyusung segala kelengkapan sukan, so sukan berjalan seperti biasa.
I yang kena temankan Danish ke sekolah cos Ryan masih di kindy so nanti Daddy Jack ambil Ryan at 3pm then terus bawa die ke sekolah Danish untuk sama-sama bersukan di padang. Sebelum bermula acara, semua pelajar dikumpulkan di dalam dewan dulu. Tahun ni Dansh seorang aje yang memakai baju merah, anak-anak my Adelaide's gang yang lain ada yang berbaju hijau dan biru.
The Principal, Mrs Meredith. She's nice. Dia ni ada masalah pendengaran sikit so nak cakap dengannya kena betul-betul berdepan dengannya. Dia pun tak malu dengan kurang upayanya itu malahan siap cakap lagi, if kita tegur die tak jawab, bukannya die sombong tapi die tak dengar.
Sepanjang 3 tahun Danish dah belajar di East Torrens ni, acara sukan setiap tahun adalah sama aje, yang berbeza hanya classmates dan juga class teacher sahaja.
Disebabkan acara yang sama aje setiap tahun, so tak payah lah nak citer panjang lebar, boleh aje tengok di sini. Macam tahun lepas, dihujung acara sukan, ada disediakan acara lumba lari untuk semua students. Ni pun salah satu acara yang dinantikan oleh Danish so, Alhamdulillah, tahun ini berjaya mengekalkan tempat pertama seperti tahun lepas juga. Malangnya I tak sempat ambil gambar cos bateri handphone flat.
No comments:
Post a Comment