Adoiii lamanya berupdate yer. I okay aje..cuma sibuk melayan tetamu yang datang 2 minggu berturut-turut ke rumah. So ni barulah boleh menulis sampaikan Daddy jack cakap Sweet like Candy dah bertukar jadi sour candy dah...huhuhuhu sedih !
Aktiviti riadah buat kaum bapa (KELAPA) dan ibu (KELABU) diteruskan buat kali kedua. Kali ini dipark yang berlainan pulak lepas we all terjumpa park ini masa berpicnic secara tak sengaja dengan kawan-kawan yang lain. Dekat aje dengan my house, dlm 5 minit aje. Kali ni bertempat di Charlesworth Park, Campbelltown. Padang kali ni agak menarik sebab ada padang bola walaupun hanya ada satu aje tiang gol, tennis dan juga basketball court.
Game kali ni diserikan dengan kehadiran pemain import yang dah lama memerhatikan para bapa dan anak-anak ni bermain bola. Lama die tengok dari tepi padang until ada para bapa ajak die, laju aje die berlari mengejar bola. Skilnya cukup bagus gaya pemain professional aje, rupanya die ada mewakili kelab bola di Adelaide ni. Ohhh, patutlah.
As usual, tak sah kalau tak ada sessi berpicnic di tepi padang bersama kaum ibu. Kali ni ada yang membawa kuih serimuka, bihun goreng, cucur ikan bilis dan bermacam-macam jenis kuih muih lagilah. Bapa-bapa berhempas pulas bermain bola dengan anak-anak while ada anak kecil yang bermain di playground tapi semuanya terkawal. We all ni dudik makan sambil bersembang kosong maklumlah seminggu tak berjumpa, so banyak kisah nak dikongsikan bersama.
Gambar kaum ibu yang agak kontroversi disitu. Sesi membungkus makanan untuk dibawa balik. Sampai bersilang tangan nak mencapai makanannya pun. It was funny, bila tengok balik gambar ni and post dekat FB, Masyallah, baru perasan betapa hodohnya gambar ini.
mmg huduh. kantoi kan? sdgkan masa silang menyilang tu is x perasan pun keadaan tu.
ReplyDeleteTu la Is, ku pun sangka segelojoh itu kita kan.
Delete