Nuffnang Ad

Friday 10 May 2013

Kembali semula

 After 12 hari di Malaysia, kini kami semua kembali meneruskan kehidupan seperti biasa di Adelaide. Lagipun tak lama lagi kami pun akan balik for good so balik Malaysia pun bukannya suka-suka tapi ada sebabnya. Perjalanan menunju ke airport agak stress sikit. We all sempat ke KLCC pagi tu and keluar from KLCC at about 230pm. Kemas-kemas barang then dalam pukul 5 after Asar berangkat ke airport. We decided untuk naik ERL aje sebab senang takut jam di mana-mana. Dalam perjalan menuju ke KL Sentral, hujan turun dengan lebatnya, tak sampai sejam dah mula sesak jalan. Di Jalan Duta, dah stuck. Dekat 2 jam duduk dalam kereta. Panik kejap bila nampak motor menongkah arus, bila tanya katanya mereka air naik dihadapan. Aduh !!! lagi kaget dibuatnya. Dalam hati, dah rasa tak sempat and terpaksa menunda balik ke Adelaide. Sampai di KL Sentral, tak boleh check in katanya dah lambat so dengan harapan boleh lah di KLIA nanti. Bergegas berlari ke ERL bersama-sama budak-budak kecil yang ikut. Phuh !! Mujur semua urusan dilancarkan oleh Allah SWT.
 
 
Tak sempat nak makan di KFC serta menhabiskan waktu dengan family semua. Sempat bungkus aje and makan di dalam departure hall. Mujurlah we all tak perlu naik aerotrain, kalau tak lagi lama rasanya. Makan KFC pun disini sebab taknak perut kosong nanti bila dalam flight. Nak tggu pihak crew sediakan makanan takut nanti the boys kelaparan pulak.

Flight tak penuh so dapat we all pilih seat masing-masing untuk tidur dengan selesanya. Sejam after flight berlepas, we all dihidangkan dengan dinner. Pilihan makanan kali ini agak tegang..hahaha semua nampak sedap. I pilih beef casserole, sebab ada nasi. Tak makan nasi satu hari so nanti takut pening kepala pulak nanti.

Ryan masih belum tidur lagi, so he want chicken for his meal.  Itupun nampak sangat menyelerakan.

Entah kenapa pulak Ryan ni tidur lambat, selalunya dah take off tu mata pun dah lalok nak tidur. Tapi terbalik pulak dengan Danish kali ini yang nampak letih sangat. Maybe sebab siang tu dah berjalan ke KLCC and then sempat lagi main bola kejap.

  Danish tido dari take off bila nak landing baru terjaga

  Daddy Jack pun sama jugak

Makan Ryan, kita jugak yang untung sebab masih berjaga lagi. Tak lama lepas tu, Ryan pun tido. I tak boleh tidur sebab nak kena berjaga-jaga manalah tahu ada yang terbangun nak ke toilet. So untuk mengelakkan agar tak tidur lena, layan lah movie sekejap tapi pihan tak banyak, just layan Pretty Woman ajelah.

Ingatkan Adelaide dah sejuk sebab before balik Malaysia cuaca agak sejuk sikit sekali keluar from arrival hall, matahari terpancar terik walhal baru pukul 8 pagi. Mujur tak pakai baju sampai 2 lapis. 

Sampai aje rumah, rasa lemah...hahahah biasalah masih mood Malaysia kan. Mujur dalam fridge ada karipap yang difrozenkan so goreng and buat teh o then dicicah dengan tomato relish. Ohh sedapnya sambil mengambil fresh air di backyard.

 Dapat 2 surat cinta from Mr Posto. Pertama surat from Cik Agen yang nak datang untuk inspect rumah next Thursday. I belum pernah cerita pasal my agen disini kan, nanti after inspection I ceritakan yer. Next letter is electricity bill. Ohh ini lagi gerun dari terima surat from agen. Bil elektrik dan gas adalah salah satu nightmare disini. Hahahahha, bukannya apa, harga elektrik sangat mahal disini tambah pulak bila time summer dan juga winter bila heater and aircond digunakan. Penggunaannya pun kenalah seminima yang boleh agar bil tidak melambung tinggi. Bil elektrik dan juga gas bukannya diterima setiap bulan mcm di Malaysia, setiap 3 bulan so kenalah pandai budget. So far, Alhamdulillah bila elektrik we all tak cecah pun AUD150 setiap kali tiba walaupun dapur kami menggunakan electric.

Another reason we all tak cuti lama di Malaysia is that Ryan ada photo session on Wednesday. So lepas aje we all sampai rumah, makan kejap then dalam pukul 10am bergegas ke sekolah untuk sessi bergambar. Thanks to Ummi yang menolong untuk bertanyakan kepada pihak kindy sessi waktu bergambar.  Lepas ambil gambar, then we all terus pergi makan di South Road, then balik terus rehat. Tak lama lepas tu Ummi datang pulak menghantar mee bandung. Alhamdulillahj, rezeki untuk dinner nanti. Terima kasih, Ummi.

4 comments:

  1. Best x tinggal kt oversea?
    Btw, nice to see your blog, i'm just started in blogging, please visit mine too :)

    insanbiasabiasa.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teena Tna
      Ada pro dan kontranya duduk di oversea, tapi pada saya Malaysia tetap dihati. Terima kasih kerana sudi jenguk blog saya yer.

      Delete
  2. lepas pilihanraya ni , harga satu tong gas dah naik dari RM28 ke RM30


    hu hu hu

    ReplyDelete