Aktiviti kami sekeluarga setiap tahun bila tiba bulan September adalah menunggu-nunggu acara The Royal Adelaide Show di Adelaide Showground. Tahun pertama we all sampai, sampai 2 kali pergi cos nak jumpa pemain bola Adelaide United, ingat lagi masa tu dalam bulan puasa, adoii letih sangat-sangat. Mujurlah kali ni punya show, kami sempatlah melawatnya buat kali terakhir sebelum balik Malaysia.
Tempat pertama yang we all serbu dulu is here, the showbags gallery. Tahun ni tak semeriah tahun-tahun berikutnya, mcm agak limited sikit. But still, balik berbondong-bondong jugaklah mengangkutnya.
I hanya sempat beli ini aje di tempat showbags ni, tak banyak pilihan. Tahun pertama dulu, I beli Gossip Girl showbags so tahun ni nampak yang menarik from Paul Frank aje. Tahun lepas dapat Masterchef punya showbags.
Dah lepas mengangkut showbags, simpan dulu kat locker cos tak kuasa la nak berjalan dengan memegang bags yang berbondong-bondong tu. As usual, pergi kat tempat amusement dululah sebelum pusing sekitar show ni. First stop, the boys singgah kejap nak main the Giant slide ni dulu.
Dah 3 tahun Danish memendamkan hasrat nak masuk this Magic Circus ni, tapi if dia masuk, sure Ryan nak ikut sama..tapi masa tu Ryan kecil lagi, so tak berani we all bagi masuk, tapi bila dah besar ni, barulah we all berani bagi Danish and Ryan masuk bersama-sama.
Ramai jugak budak-budak yang naik Magic Circus ni
Mula-mula tu nampaklah buat apa pun bersama-sama. Danish jaga Ryan, tak berpisahlah masing-masing.
Tapi masa ni, dah Ryan buat hal kejap, takut kut so dah nak payah balik cos dah tak mahu nak teruslan sampai keluar. Puaslah we all pujuk untuk ikut Danish, tapi tetap tak mahu jugak. Aishhhh, buat malu sungguh.
My precious
Then, nak main bumper car pulak
First ride for Ryan
Tak sahlah kalau pergi Royal Adelaide Show kalau tak main game mcm ni kan, dapatlah plush toy yang sederhana besarnya.
Mujurlah cuaca pun agak baik dan warm sikit, tak hujan pun.
Merasalah naik Ferris Wheel ni masa pertama kali datang dulu, kali ni ingat nak naik lagi tapi bila tengok orang dok beratur punyakah panjang so terpaksalah melupakan hasrat itu aje.
Tak sahlah kalau tak kutip free stuff from The Yellow Brick Road kan, setiap tahun sure kena buat, tapi tak pernahnya complete.
Ada bermacam-macam aktiviti yang disediakan disini, tu yang the boys suka sangat pergi ke sini.
Kali ni we all collect mana yang best ajelah, mcm jem and roti aje, benda-benda lain tu dah malas dah nak kutip cos every year mcm sama aje setiap tahun.
Berkesempatan pula berjumpa dengan Rocco, second runner up in My Kitchen Rules. Ohh dulu we all sekeluarga penyokong kuat Nic and Rocco ni, pernah jugalah try their macaroon yang sangat sedap tu.
Dah settle pusing semua tempat, then masing-maisng pun dah letih cos seharian pusing dalam ni, makan pun dah so last minute pusing kat Showbags gallery untuk beli lagi apa yang teringin nak beli. Ada yang terima cash and ada yang boleh pki Eftpos, jenuh la nak beratur ambil duit kat dalam ni, so siapkan aje cash sebelum masuk ke sini.
Macam ni la aktiviti we all setiap tahun, penuh stroller mengangkut mcm-mcm showbags, the kids dengan their own and me pun ada masa angkut jugak 2-3 showbags ni, mana tahan tengok dalam bag ada macam-macam jenis barang, tapi sedih sikit sebab tahun ni Better Homes and Gardens tak buka booth, itu showbags yang harus dibeli masa tahun-tahun sebelum ni.
No comments:
Post a Comment