Nuffnang Ad

Friday, 6 September 2013

Book Week 2013

Setiap hujung August, Australia merayakan Book Week dimana semua sekolah dan library merayakannya. Di minggu buku ini, ada banyak aktiviti yang melibatkan buku antaranya pelancaran buku, sessi bercerita malahan ada sekolah yang turut meraikan perayaan ini dengan pelbagai aktiviti tentang buku yang menarik. Setiap tahun, sekolah Danish tak ketinggalan meraikan Book Week ini tapi kali ini siap nak berdicso apa bagai.

Dah bersiap nak pergi ke disco, it was last minute decision pun, baju dah beli awal-awal lagi, so bagi ajelah pergi ke school disco tu.

Ni la rupanya dicso kat sekolah tu, bukannya macam disco like Picaddily atau Renaissance zaman I muda remaja dulu. Hmm, dah nampak kawan satu kelas die, dok lari ke sana sini lah, main, bukannya sibuk nak menari pun.

Ini uniform maknya yang akan meraikan book week di kindergarden pulak keesokan harinya.

  
Ryan as Sonic the Hedgehog while me yang kena paksa dengan anak-anak untuk menjadi Snow White pulak.

Wau, seronok tengok kanak-kanak berpakaian berbagai-bagai karakter seperti di dalam buku. The girls banyak berpakaian like Princess and Fairies while the boys banyak yang menjadi Pirates dan juga some animals.

  Even Jasmine the Principal pun menjadi The Red Riding Hood.

Some activity yang dijalankan adalah sessi mewarna dan melukis diatas kanvas dan kemudian akan diframekan untuk diletakkan di wall.

Afiq dan Cha yang baru bersiap, after Ummi keluar kejap membelikan costume untuk mereka.
 
  
Besar dah nampak Arissa ni, datang Adelaide tahun lepas kecil lagi, tak pandai cakap pun and now dah bertambah keletahnya cakap. Rindu budak kecik ni nanti.
 
Antara parents and teachers yang sangat sporting berpakaian as a book character. Anak-anak jgn cakaplah, semuanya comel-comel aje.

Masa ni semua excited nak makan popcorn bila Teacher Patrea membawa Popcorn maker ke sekolah.

Pihak kindy juga menyediakan some snack for the kids, a very healthy spread for the kids. Tak ada pun nampak bayang mihun goreng ataupun karipap, yang ada hanyalah fruits, crackers dan juga vege aje.

Masing-masing berebut nak ambik apa yang disukai, seronok tengok kecil-kecil dah diajar makan fruits and vege and also some healthy foods. Cuma kali ni cikgu bagilah makan jelly and lollies jugak sebab special day, kan.

  Snow White and her little fairy.

Dulu tak ngam, sekarang ni since dah nak dekat-dekat balik ni barulah berbaik di kindy. Mereka mungkin faham yang mereka akan berpisah tak lama lagi, kan.

Ada pelbagai aktiviti yang disediakan. Ikut perancangannya, ada Book Week Picnic di Thorndon Park, dimana kindy sekitar area Campbelltown akan berkumpul dan ada sessi bersama-sama di Book Week ini, tapi keadaan tak mengizinkan sebab hujan so kenalah cancel sesi picnic so dibuat di dalam kindy sahaja.

Tak kisahlah buat dimana, tengok kanak-kanak bergelak ketawa, riang pun dah cukup nampak mereka suka sangat dengan pelbagai aktiviti yang disediakan.

A new playland for Campbelltown Kindy. No more swing and slide, just a nice and open space area aje.

 
Meet Snow White, Sonic the HedgeHog, Superman dan juga Fairy. Seronok ada aktiviti macam ni, anak-anak pun taklah rasa stress nak ke sekolah, sesi sekolah berjalan dengan penuh keriangan. Itu yang  sepatutnya dibuat, kanak-kanak diberi peluang untuk bermain instead of mengadap buku aje. Sesekali bagilah peluang mereka bersuka ria macam ini dengan pelbagai aktiviti yang menarik. Balik Malaysia nanti berjenuh la I nak mencarikan kindy yang sesuai untuk Ryan.

No comments:

Post a Comment