Alhamdulillah, we all sekeluarga telahpun kembali ke Malaysia Sabtu lepas after tinggal di Adelaide for 3.5 years mengikut Daddy Jack menyambung his PhD disini. Daddy Jack pun dah settlekan some part of his study so giliran kami pula mengundur diri after kerap menghantar kawan-kawan yang lain pulang ke Malaysia.
Sempat jugak mengangkut my latest Platinum collection, untuk claim GST
Sebelum balik, Daddy Jack dah pesan..barang-barang tak boleh lebih 120kg sahaja yer. Itupun ada barang yang ditinggalkan, untuk dishippingkan nanti bersama-sama barang-barang yang akan dibeli dari sana lagi.
Antara kawan-kawan yang sudi menghantar kami balik. Perasaan terharu tak usah cakaplah.
Dr Wing Au, Supervisor Daddy Jack pun turut menghantar we all di airport. Sempat jugalah bertanyakan progress for Daddy Jack and Alhamdulillah, nampak positif.
Bersama Umar Faruq sekeluarga. Umar ni menolong kami since kami belum sampai Adelaide lagi, bertukar-tukar info dengan Daddy Jack since dari Malaysia lagi.
Teman mengopi saya, Najwa. Sempat lag berdating beberapa kali dengannya, teman makan sushi juga ni. Najwalah orang yang mengajar I pergi ke City naik bas, kalau tak, haram tak reti naik bas ke City. We all kalau ke City selalu naik kereta ajelah, parking kat U Park tu. Tapi mujurlah lambat sikit tahu pergi City naik bas, if tahu dari awal, jenuh la menyukat City tu setiap minggu.
Para-para bapa yang sudi meluangkan masa menghantar kami sekeluarga ke airport. Terima kasih diatas kesudian tuan-tuan semua.
Terharu dengan kesanggupan Surah dan juga Kak Wan yang menghantar kami di airport. Teruskan perjuangan you all semua yer, walaupun hati sedih memikirkan anak-anak dan suami yang ditinggalkan di Malaysia tapi itu salah satu pembakar semangat untuk teruskan perjuangan untuk berjaya.
Kami banyak terhutang budi dengan keluarga Ummi dan juga Zuhairi ini, beberapa hari sebelum balik, kami menumpang tidur di rumah mereka. Ryan and Danish pun banyak menghabiskan masa bersama anak-anak mereka. Terima kasih diatas kesudian you all menumpangkan kami sekeluarga.
Antara kesudian kawan-kawan yang sudi menghantar kami semua. Rasa sangat-sangat terharu dengan kehadiran mereka ini semua. Bergenang airmata bila nak meninggalkan mereka ini semua.
Antara yang rapat dengan saya di kala memerlukan bila ada sebarang masalah ataupun memerlukan bantuan dan juga pertolongan.
Dulu bila menghantar anak yang lain balik Malaysia, rasa kurangnya seorang lagi kawan anak-anak I tapi kali ni rasa, kesiannya the boys meninggalkan kawan-kawan mereka disini.
Belumpun setahun mengenal Faizah dah nak tinggalkannya. Insyallah, ada kelapangan kita boleh aje contact thru FB yer.
Najwa dan Kak Zack pun Insyallah hujung tahun ni akan kembali ke Malaysia juga
Kak Zack dan Abang Rodi pun akan balik juga maybe in November untuk meneruskan kehidupan mereka di Malaysia pula. Bila Kak Zack balik, kuranglah golongan yang senior dah di Adelaide ni, hanya tinggal muka-muka baru sahaja.
Family Sham dan Is yang akan meneruskan perjuangan mereka di Adelaide ini, ada 2 tahun lagi untuk bergumbira di sana.
I memang sangat emosi, beberapa minggu nak balik pun duduk sorang-sorang dirumah akan menangis memikirkan banyak benda yang telah dibuat di Adelaide selama 3.5 tahun, masa dengan keluarga, rakan-rakan sangat bermakna buat diri ini. Meninggalkan kawan-kawan yang selama ini menjadi kakak ataupun adik ibarat mcm mempunyai keluarga sendiri walaupun duduk jauh beribu batu tetapi ikatan kekeluargaan itu sangat kuat , tak sanggup nak melepaskannya.
boleh tak saya pun rasa sebak n sedih. tetiba jer.. but seriously i pun tumpang sebak sekali. kenapa? tak tau.
ReplyDeleteMaharani
DeleteI pun if baca berulang kali pun naik sebak jugak
Assalam Gina,
ReplyDeleteWellcome back home gina...akak pulak yg rasa sayu tgk gambar2 kt atas tu..emo lah pulak..tapi mesti sedih kan nak meninggalkan semua kenangan manis di sana...
Walaikumsalam Shamsuhada
DeleteTerima aksih akak, memang banyak kenangan manis kat sana walaupun hanya 3 1/2 tahun. Membesarkan anak-anak, menguruskan keluarga dan juga masak bermacam-macam jenis masakan sangat best
Selamat kembali ke tanah air buat kak Gina n family.. Sdihnyer kak tinggalkan kawan2 yg dah mcm adik bebaik tu ye.. Semoga ikatan persahabatan kalian terus mekar. :-)
ReplyDeleteTerima kasih Meera, sedih memang lah sedih. Maklumlah bila dah balik Malaysia ni taklah boleh jumpa selalu mcm disana
Delete