Nuffnang Ad

Monday, 2 September 2013

WWE in Adelaide


 2 minggu nak raya, we all pergi tengok wrestling di Adelaide Entertainment Centre. Tahun lepas, we all tengok di Melbourne so kebetulan pulak tahun ni the WWE team datang ke Adelaide pulak.

Tiket yang dah lama we all beli, since December lagi. The boys yang super duper excitednya.

We all bertolak keluar rumah lepas ambil Danish di sekolah, then siap-siap beli makanan untuk berbuka then terus ke Entertainment Centre, takut tak dapat parking yang dekat dengan venue tu.

Punyalah bersemangat the boys ni nak tengok wrestling, habis diangkutnya segala mak nenek costume datang ke sini, sampaikan anak-anak mat salleh pun heran tengok.

The main gate buka at 6pm, so makin lama dah makin melingkar barisan manusa yang nak masuk.

 Berbuka puasa di tepi tiang ajelah, sambil memakan burger from Oporto.

 
Dah masuk dalam arena, kena tunggu pulak gate dibuka. Sambil tu, sempatlah nak beli souvenir like Tshirt, dan juga beberapa merchandise yang dijual. Harganya pun mahal giler, so pilih mana yang sesuai ajelah.

Kali ni we all ambil seat yang depan sekali, betul-betul di bahagian tengah arena. Kalau masa ke Melbourne dulu, duduk di bahagian atas, nampak kecik aje the centre stage tu so kali ni, memang depan mata aje.
 
 
Sementara menunggu perlawanan bermula, siapkan makanan and minuman, so nanti taklah tengah-tengah tengok kejap nak minum dan makan, even nak ke toilet pun ajak siap-siap.

Ryan sangat khusyuk melayan aksi-aksi para wrestler, jangan ikut sudahlah yer.

Selalu tengok some of the werstler dalam TV aje beraksi tapi kali ni dapat tengok dengan jelas mereka beraksi di depan mata sendiri. Bukannya betul pun, semuanya itu lakonan semata-mata.

Persembahan habis lebih kurang pukul 10 mlm, semua happy especially the boys. Semua yang ditengok itu hanyalah hiburan semata-mata, tak boleh dibuat dirumah yer. Lepas ni jangan nak berwrestling dirumah yer, kang lain pulak jadinya.

2 comments:

  1. Hai dear..bestlah blog awk..penuh warna warni kehidupan..jemputla ke blog saya dan kita bertukar-tukar link pulak..:)
    http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Hazlina, Insyallah

      Delete