Di kala kebosanan di KL ni teringat waktu berdating di Adelaide dulu. Sekarang ni nak berdating waktunya agak limited sedikit cos Daddy Jack dah kerja so balik pun dah agak lewat. So harapnya bila dah settlekan kerja-kerja sikit nanti bolelah kembalikan hari-hari dating kita. Selalunya kalau kita berdating ke Rundle Mall, selalu jugaklah masuk kedai-kedai menjual handbag ni, saja aje mencuci mata.
Tambah pulak bila dapat email di kala Oroton ada sale, haruslah menjengah kejap, kang kesian pulak tukang hantar email, jenuh die hantar, takkan kita tak pi, kan?
Design from Oroton taklah sehebat mcm LV, Hermes ataupun Ferragamo tapi salah satu kebanggaan untuk Australia yang ada their own luxury fashion accessories. Nowdays, demam Oroton pun dah melanda sesetengah wanita di Malaysia.
Hmmm, selalunya lepas berjalan bertawaf satu Rundle Mall tu, then kita akan berhenti makan kejap di Knoodle sebelum tempat tu penuh dengan orang bila pukul 12 pm.
Kalau bosan makan di Knoodle, makan pulak di satu tempat yang lain di Rundle Place, Warong yang menyediakan beberapa makanan Malaysia, antaranya nasi lemak, nasi ayam dan juga roti paratha.
Char Kuay Teow nya sangat sedap, dimakan bersama sambal dan juga telur
mata
Now, Coach collection dah ada di David Jones. Sebelum try tanya dulu samada kasut ni menggunakan pig lining ataupun lamb, so bila dah confirm bukan from pig so bolehlah kita mencuba di kaki samada sesuai ataupun tidak. Serious memang sangat cantik tapi tak terasa pulak nak membelinya. Berjalan di Gardens hari tu dah nampak dah kasut Coach ni dah masuk Malaysia balik dengan koleksi yang sangat cantik..okay now air liur dah meleleh bila cakap pasal kasut Coach.
Sepanjang duduk Adelaide ni, hanya membeli kasut Doc Mart ajelah yang banyak. High heels ni macam tak ada nafsu pulak nak membelinya, padahal tengok Marc Jacobs and Tods punya heels punyalah cantik.
I always adore Loubbies, samada yang plain atau yang spike ones. The fine heels after all.
Kim Kardashian collection yang hanya dijual di kedai accessories sahaja, tak perlu ada boutique khas untuk menjualnya.
For my casual attire, Ben Sherman menjadi pujaan hati. The punk looks yang mmg sangat classic menjadikan I kembali ke zaman muda-muda dulu, wearing a Doc Mart boot, Ben Sherman jacket and also Fred Perry signature shirt. Awesome !!!!
Selalunya we all kalau ke City, jarang naik bas, naik kereta parking di Target then jalan kaki aje ke Rubdle Mall tapi entah mcmana satu hari berdating dengan Daddy Jack gatallah pulak nak naik bus. Udahnya mengangkut macam-macam barang sampai tak muat tangan naik bas. Masa tu mulalah pikir, masa bawak keerta tak membeli banyak-banyak, tiba naik bas semua nak diangkutnya.
Walaupun gi dating bila anak-anak ke sekolah, tapi sure la kena belikan something untuk mereka, nanti bising pulak keluar tak ajak mereka.
Well, tak semestinya dating tu pergi shopping aje, adakalanya dating hanyalah sekadar pergi breakfast berdua. Then balik Daddy Jack pergi Uni untuk menghabiskan sesi penulisannya pula.