Nuffnang Ad

Friday 29 November 2013

Malam berinai

Cerita sebulan yang lalu, dah lama terperap dalam draft box, cerita pasal majlis kahwin my adik yang bongsu sekali.

Jumaat minggu kedua bulan October, berlangsunglah majlis perkahwinan adik bongsu ku di Kuantan. We all pagi Jumaat tu baru bergerak balik ke Kuantan. Sampai sebelum sembahyang Jumaat and after Asar ada kaum wanita sekitar kampung yang datang rumah untuk majlis marhaban.
 
Sayunya mendengar bacaan yasin dan juga alunan suara-suara membacakan ayat-ayat suci Al-Quran, terasa leka sekejap dibuatnya.

Malam berinai tu we all adalah buat makan-makan sikit untuk keluarga dan juga para penduduk kampung yang bertungkus lumus bekerja untuk menyiapkan majlis perkahwinan adik I ini, antara menunya adalah lamb roast dan juga kebab.

 Dah macam pasar malam aje gayanya majlis ini

 Khemah pun dah tersedia di padang di depan rumah ni

Kebab ada dua jenis, satu guna pita bread and satu lagi pakau sausage roll, dua-dua pun sedap !!


 Pelamin pun dah habis siap, sikit lagi untuk sentuhan terakhir

Selain kebab dan juga roast lamb, orang kampung turut bergotong royong menyediakan lauk pauk untuk malam tu. Antara menu yang disediakan nasi putih, sambal belacan, sup tulang, kobis goreng, ikan masin dan juga daging goreng. Sedap-sedap semuanya.
 

4 comments: