Nuffnang Ad

Wednesday, 30 December 2015

Chelsea birthday theme

Last Saturday, we all dijemput untuk memeriahkan majlis birthday Johan dan Aiman yang berlangsung di KSL Futsal Court di Seri Gombak. Kalau dah buat di futsal court tentulah temanya adalah bola. Team Chelsea menjadi pilihan buat both birthday boys so Blues everywhere.

Banyak juga makan yang my SIL sediakan antaranya Laksa Johor, Roti Jala yang dibuat oleh MIL, sweet tidbits dan macam-macam lagi kuih muih disediakan.

For the cake, pilihan birthday boys adalah Red Velvet. I tak berapa makan sangat, just cuit sikit-sikit and rasanya memang sedap. Memang Sabtu lepas adalah hari makan seduni cos malam tu I kena attend dinner di Titiwangsa pulak.

Lawatan ke Shah ALam

Sepanjang cuti sekolah, selain bercuti ada juga la membawa bebudak ni melawat tempat di sekitar KL dan juga di Shah Alam. Pagi-pagi ikut Daddy Jack pergi kerja then dah plan nak pergi ke mana di sekitar Shah Alam tu.

Breakfast dulu di Restoran Gembira, salah satu tempat favourite untuk breakfast masa we all sama-sama kerja di SA dulu. Tapi roti canai tak begitu sedap berbanding dulu, rupanya tukang buat dah berpindah ke restoran yang lain, Restoran Ceria yang tidak jauh kedudukannya. Rival punya pasal, sampaikan nama restoran pun hampir sama aje.

Tempat pertama yang we all pergi adalah Muzium Shah Alam, cos Daddy Jack ada meeting di bangunan berhampiran so he just dropped us by kat situ ajelah. We all sampai awal so kena melepak dulu kejap sementara tunggu waktu dibuka.

Boleh tahan juga la artifak di dalam ini, banyak bahan-bahan sejarah berkenaan dengan negeri Selangor yang dipamerkan disini.


Replika bangunan-bangunan bersejarah di Selangor pun banyak, sungguh teliti pembikinannya.



Memang jauh bezalah Muzium Negara yang dilawati pertengahan tahun lalu dengan muzium negeri ini. Tapi fungsinya masih sama, mempamerkan hasil tinggalan sejarah di negeri yang ada yang tiada di Muzium Negara.

Sempat juga bermain dengan beberapa alat permainan tradisional yang dipamerkan.

Replika keretapi

 Bermain congkak

Sementara menunggu Daddy Jack untuk membawa we all ke destinasi seterusnya.

Mengunjungi Perpustakaan Negeri di tempat yang baru. Ingatkan sebelah aje rupanya baru tahu dah dipindahkan. Lepak kejap dalam ni sementara menunggu Daddy Jack menunaikan solat Jumaat di Masjid Negeri.

Terjumpa pula buku Cik Peppa ni, favourite Ryan ni. Leka dia membaca dan melihat ilustrasi Cik Peppa. Balik from library, terus buka youtube mencari siri cerita Cik Peppa ni.

Tuesday, 29 December 2015

Ambition Cup 2015

Satu lagi tournament yang Danish and Ryan masuk untuk tahun ni adalah Ambition Cup 2015. League ni tiap-tiap minggu ada setiap Sabtu di The Camp, One Utama. Ryan tidak memenangi sebarang pingat, hanya mendapat tempat ketiga sahaja.

As for Danish tetap meneruskan kecemerlangannya di dalam bolasepak. Last minute berjuang habis-habisan.

Mendapat tempat kedua, pun dah cukup membanggakan pencapaiannya.

As for Daddy Jack yang bising phone asyik rosak memanjang so this is for you la. Jenuh berzikir di hujung telinga telefon asyik rosak aje. So ni la hadiah untuk Daddy, new Note 5 from Samsung. Sekarang ni menjaga phone dengan berhati-hati agar tidak rosak lagi.

Monday, 28 December 2015

Cousin Day Out

Cuti sekolah memang jarang la keluar berjalan-jalan, selalunya aktiviti pagi adalah melepak bersama Ibu dan adik-adik yang lain di NZ for breakfast. Angkut la semua sekali, sampaikan anak-anak Kak Ida, my SIL pun join sekali.

Hari bersuka ria bersama sepupu, Johan and Aiman. Tak pergi jauh pi tengok movie The Good Dinasour, and then main Lasertag aje. Itupun dah penat aje masing-masing, belum lagi ajak pi main bowling ataupun Pusat Sains.

Ada masa sebelum balik, lepak main arcade game dulu. Banyak pilihan mainan arcade tapi yang menjadi pilihan utama adalah ini.

Sesekali breakfast tak makan roti canai, nasi dagang ataupun nasi kerabu menjadi pilihan tekak.

Ipoh trip

Last tournament untuk tahun 2015 adalah Ipoh Cup. First time nak menjejakkan kaki ke bandar Ipoh, selalu lalu highway nampak signage Ipoh aje so kali ni merasa la juga masuk ke bandar Ipoh. We all berkonvoi dengan beberapa family satu team dengan Danish so seronok la sikit. Game bermula pukul 10, so we all pukul 7am dah keluar dah and lepak di Tapah, minum kejap.

Apa agaknya yang best di Ipoh ni yer? Nasi vanggey salah satu dalam senarai kena mencuba. Pasar Karat pun macam nak jenguk kejap itupun kalau ada masa lah. Based on pengalaman masa si Bangkok dulu, kalau ada tournament ni mmg tak ada masa langsung nak keluar berjalan-jalan sebab masa singkat sangat.

Pukul 930am dah sampai di padang, register and then warm up sikit sebelum mula game. Cuaca punya panas terik sampai rasa menikam-nikam kulit ni. Mujurlah banyak pokok-pokok besar sekeliling so bolehlah bentang tikar and duduk berteduh.

Ada 3 team yang akan bertanding yang terdiri dari U8, U9, U10, U12 dan juga U14. Masing-masing tak sabar nak bermain.

Antara team KLFA yang bermian pada hari itu. Tak semua yang masuk cos masing-masing dah plan cuti so tak dapat nak main for this league.

Close up sikit la muka the boys tu. Ryan akan bermain untuk U8 FCKL and Danish for U10 FCKL Elite Team.

Mummy lepak bawak pokok la sambil mengadap katalog Tesco dan juga makan jajan. Trip kali ni semua parents yang anak-anaknya sama team dengan Danish pakat-pakat bawak air and makanan untuk team, so tak perlulah nak mencari-cari air lepas main.

Ahad petang, lepas game we all terus balik KL semula. Perjalanan agak slow sebab cuaca pun agak kurang memuaskan dan kereta banyak menuju ke Pusat Bandaraya.

On the way balik, sempat jugak tu menyinggah The Curve sebab ada LEGO sale kata Daddy Jack. Jenguk kejap, beli mana yang berkenan then balik terus.

Tetttt, tak balik terus pun, menyinggah ke KLCC pulak sebab nak makan punya pasal. Teringat pulak burger kat food court so harusnya menyimpang ke sini dulu. Sekarang ni giler pulak minum Boost ni. The boys minat Watermelon Lychee while I selalu minta yang green one. Lupa pulak apa namanya.

Menyinggah Sun Moulin untuk membeli roti pula. Kali ni just beli buns untuk the boys aje sebab bebudak ni tak minat nak makan loaf bread dia, tebal sangat katanya so depa lagi rela makan roti gardenia aje. Okay la tu, save duit sikit, kan.

Sunday, 27 December 2015

Last training for 2015

Minggu ke 3 December lepas adalah minggu terakhir training di KLFA untuk setiap hari Isnin dan Rabu. Sesi training akan sambung kembali di bulan Januari nanti. Dapatlah chance nak relax sikit.

Sementara menunggu Danish training, kita boleh gi berkickboxing dulu. Hahahaha, lenguh tangan dan kaki menyepak dan menghentak punching bag ni. Sebelum tu ada power burn session, omak aiiii kemain azabnya ada rasa nak muntah pun ada jugak.

Dah habis ber exercise apa bagai, perut pun lapar. Di cafe ni yang hanya ada adalah burger dan hotdog sahaja, bedal ajelah. Malas nak berjalan ke luar mencari makanan.

Friday, 25 December 2015

Ikea Cheras

Orang rumah ni tak makan sushi so selalunya kalau teringin nak makan sushi I kena tapau ajelah. Selalu tapau from Sushi King tapi hari tu singgah KLCC nampak sedap pulak sushi kat Isetan.

Terlalu pulak tepi rumah hantu yang baru ni, so menyinggah la kita tanpa disedari dan tidak merancang.

Belum apa-apa kita makan dululah, isi perut kenyang-kenyang. Katanya tempat ni besar dari di Mutiara Damnsara sana nun.

Konon hanya nak jenguk tanpa membeli, udahnya mengangkut satu troli juga.