Nuffnang Ad

Friday 3 April 2015

Hello from Adelaide


Sorry la, lama membuatkan ramai yang ternanti-nanti kemana perginya kami selama 2 minggu semasa cuti sekolah yang lepas...well, kami pulang sebentar ke konon-kononnya kampung halaman yang ditinggalkan hampir setahun yang lepas. We all bercuti ke Adelaide, untuk menghadiri majlis konvo Daddy Jack.

Kami tiba di Adelaide pukul 8 pg waktu sana, keluar aje from airport...mak aii sangat nyaman dengan suasana yang agak sejuk kira-kira 12 degree. Ringan aje rasa kepala ni, macam lapang aje bila tidak dibebankan dengan hal kerja dan juga rumahtangga. Anak-anak pun seronok bila tiba di airport, so terus plan nak kema pulak lepas ni.

Rumah Berhantu di Malaysia yang juga berhantu masa duduk di Adelaide dulu. Selalu pergi, pun sering beli apa yang patut untuk diangkut bawak balik Malaysia.

Makin lama cuaca aagak panas juga, walaupun dah masuk Autumn tapi angin masih sejuk la sikit. Sepanjang jalan macam-macam kenangan dulu terlintas di kepala, sedih ada gembira pun ada bila kembali semula. We all menumpang di rumah kawan lama yang masih berada di sana, As serta Midi.

Konon nak berehat, takut jet lag tapi hati memberontak nak keluar berjalan-jalan terus, ke mana lagi kalau bukan ke Tea Tree Plaza.

Singgah masuk BigW, sambil mata menjeling-jeling bahagain buku masakan yang banyak buku-buku terkini, tangan dah gatal nak membeli tapi apakan daya, datang kali ini hanya sebagai pelancong sahaja, bukan lagi macam dulu sampai boleh bawa balik barang guna kontena.

Daddy Jack dan anak-anaknya akan terus ke bahagian toys dengan alasan konon nak tengok-tengok aje, tapi mulut tak berhenti-henti cakap..."Ehh, ni tak ada kat Malaysia, murah giler you, Lego kat sini".

I malas nak layan mereka anak-beranak yang sibuk di bahagian toys lalu menuju kebahagian barangan dapur dan pinggan mangkuk. Nah, ni tahap kena menahan diri takut naik hantu pulak. Ingat masih ada yang belum digunakan lagi.

Ni lagi satu rasa nak pengsan bila tengok barang-barang baking, mana tak giler membeli masa duduk kat sini dulu especially bila barangan clearance.

Nutella 1kg yang harganya lebih kurang 750gm di Malaysia, salah satu barangan yang telah dibawa baliksebanyak 5kg semuanya.

Singgah Woolies untuk membeli beberapa keperluan, antaranya makanan anak-anak yang dirindui sekian lama.

Dulu susu Devondale menjadi pilihan untuk diminum atau dimakan bersama cereal. Bila ada offer, beli berkarton-karton sampai rasa boleh mandi dengan susu aje. Even susu ni pun diangkut bawak balik Malaysia sumbat dalam kontena.

Selalu nampak kawan-kawan yang duduk Australia atau yang balik bercuti dari sana don buat review cakap biskut ni sedap, so nak lah juga rasa kesedapannya itu. Ni pun angkut bawak balik Malaysia juga, until now belum berusik satu pun lagi.

Ni la yang Danish and Ryan sibuk nak masuk Woolies untuk beli, biskut Shortbread yang memang menjadi favourite mereka sejak duduk Adelaide lagi. Ada jual kat Cold Storage KL tapi agak mahal sikit la harganya, jarang beli tapi sesekali teringin belilah jugak.

Mak pun tak dapat menahan diri bila lalu tepi bahagian Iced Coffee especially Farmers Union Iced Coffee, terus beli satu kotak then minum kemudian.

Tengah hangat di Woolies sekarang adalah mengumpul dominos. But kene spend lebih kurang AUD20 untuk mendapatkannya. So, anak-anak pun terjebak sama. Dalam masa 2 minggu nak kena kumpul semua set lengkap tu.

Malam, melawat kawan lama juga.Ayah kawan satu kelas dengan Danish dulu yang membuka kedai pizza Halal di area rumah lama. Rindu nak makan pizza dia ni, suka sangat especially Hawaiian Chicken tu. Beli lebih, then malam tu juga menyinggah di rumah salah seorang kawan lama juga, Isabelle Is. Banyak yang diborakkan antaranya life we all setelah kembali semula ke Malaysia. Tak kisahlah apa, tapi hati memang seronok dapat berjumpa balik dengan kawan-kawan lama yang masih ada di Adelaide ni.

1 comment:

  1. Assalam gina,
    waaaaaaaaaaaaaaa
    balik kampung yer uols he3

    ReplyDelete