Nuffnang Ad

Monday 26 September 2016

Company dinner

Beberapa bulan yang lepas, I ada annual company dinner di Parkroyal Hotel. Dah alang-alang ada dinner so kita terus check in ajelah, bawa family semua sekali melepak kat sini so tak perlulah nak susah payah ambil dan hantar I nanti.

Weekend di persimbangan Jalan Sultan Ismail dah semakin busy as ramai orang nak keluar berjalan-jalan kan. 

Check in awal so boleh la kita jalan-jalan sekitar Lot 10 dan juga Sungei Wang. Dah lama kut tak berjalan-jalan area sini, kalau ada pun setakat Pavillion ajelah. Best juga sini, mcm kat Lot 10, ada satu floor tu semua menjual barangan sukan aje, suka la semuanya, even ada Liverpool team punya concept store.


Lepas bersiar-siar di Lot 10, teringin pula nak makan Nandos di Sungei Wang, then jalan-jalan sekejap dalam tu sambil tengok tempat dulu yang me and Daddy Jack selalu pergi time belum kahwin dulu. Tapi Sungei Wang dah tak macam dulu meriahnya, dah makin suram nampaknya.

Lepas solat Asar dah nak kena bersiap sedia untuk bermake up semua. Kembali memakai contact lens, mujur igt lagi, kalau tak jenuh la.

Marilah kita bermake up. My adik, Ozzie yang bertanggungjawab untuk merubah wajah I untuk dinner ini. Dengan semua peralatan make up yang dia ada, Alhamdulillah, cantik semuanya.

Cuba menepati konsep tema warna pada malam ini, sampai ke eye shadow pun ikut warna tema.

Okay, dah siap dah, boleh turun ke bawah untuk majlis

Sesekali melaram, apa salahnya kan. Bukan selalu nak attend annual dinner ni, last make up cantik-cantik pun time kahwin ja. Im not a make up person, tak berapa nak reti sangat pun sebenarnya.

Me and my collegue, yang sering bersama-sama bekerjasama dalam apa juga acara pun.


Sesekali goofing around dengan boss sendiri, okay kan. Masa ni la nak bergurau senda sesekali ka, kalau time kerja nak bergurau pun takut juga.

Morning breakfast di hotel. Ini yang ditunggu-tunggu, pelbagai variety makanan ada disediakan so kita makan penuh berselera la.


The boys pulak, lepas breakfast tak sabar-sabar nak swimming pula, so layan kan kejap sebelum check out at 12pm. Lagipun dapat berehat sesekali macam ni best juga.

Cukup la semalam bermalam di hotel. Insyallah, if ada rezeki nak juga bermalam di lain kali, tapi hotel yang lain pula.

Balik rumah, terpaksalah kembali ke alam nyata balik, so pergi supermarket pula tengok barang-barang dapur mana yang habis stok tu untuk tambah yang baru pula.


1 comment:

  1. dapat stay satu malam kat hotel pun dah rasa tenang untuk lari dari kesibukan dunia =)

    ReplyDelete