Nuffnang Ad

Sunday, 8 January 2017

Kecederaan

Main bola kalau tak cedera memang tak sah la kan. Ada sekali tu risau juga bila tengok jari kakinya bengkak semacam aje lepas tournament, katanya kaki kena pijak dengan boot orang lain. So menuju ke klinik la jawabnya untuk jumpa doktor.

Kenalah x-ray untuk tengok tahap mana kecederaannya. Harap sangat lah agar taklah teruk mana tahap kecederaan tu.

Me and Daddy Jack menunggu dengan penuh sabar di luar bilik x-ray sambil berdoa dalam hati agar tak serius mana.

Tulang cuma retak sikit aje, Dr cakap tak perlu bersimen atau any balutan, just sapukan dengan minyak panas aje sebelum tidur, no nothing to worry about la.

Tugas Daddy la tiap-tiap malam untuk menyapukan minyak panas pada kaki Danish sebelum tidur, lepas tu berpapah naik tangga ke bilik and tinggikan kaki guna bantal.

I meluahkan bakat yang ada di dalam buku pengajaran harian, saja aje buang masa lukis and conteng-conteng, tapi hakikatnya tangan melukis dah macam keras sikit, kena paksa melukis juga ni, mengajar Seni tapi lukisan haru biru, teruk betul Cikgu Seni nih.

No comments:

Post a Comment