Lama betul nak tunggu update pasal Legoland ni kan, masa tu macam tak terkejar aje dibuatnya, so cuti panjang ni kira rajin la update semua back dated entry.
So, lepas swimming we all pun siap-siap nak ke dining hall cos dah booking sekali dengan BBQ buffet, so tak perlulah w all keluar and cari makan, sebabnya disini semua ceruk and pelusuk rasa macam best aje. Sementara menunggu sempat lagi main game di kids area tu.
Semuanya
berunsurkan Lego termasuklah alas meja. Good idea for the kids, sementara nak
makan, boleh buat aktiviti colouring dulu.
The
buffet spread memang banyak sangat makanan, sampaikan we all pun tak tahu mana
satu nak pilih makanan untuk dimakan dulu.
Makan
lauk pauk dulu, ada macam-macam jenis makanan laut, ayam, daging malahan
kambing pun ada juga. Sayur, salad even pelbagai jenis nasi pun ada disediakan.
Memang semua akan tersandar kekenyangan jawabnya.
Dessert
pun sama juga, ada bubur, ice cream, kuih muih dan varieties of cakes
disediakan.
Udang
bukan sekecil-kecil udang, malahan tergolek-golek Prawn Tiger masa sweet and
sour. Nyum nyum.
Makan
lauk pauk pun perut dah sendat, inikan pulak nak mencuba pelbagai macam jenis
dessert ni.
Salad
bar dan juga cold cuts yang ada bermacam-macam jenis juga disediakan.
Even
Japanese food pun ada juga, tapi taklah banyak, just mcm 4 pinggan sushi aje.
Ice cream dan juga section bubur disini
I
like this hotel so much, memang child friendly betul. Sementara makan, ada juga
disediakan aktiviti untuk anak-anak.
Aktiviti
menghias cookies, terpulanglah nak buat macamana, semua topping boleh digunakan
then boleh dimakan
Cookies masing-masing yang
telah siap dideco
Ingatkan
di dalam aje penuh makanan, rupanya kat luar ada BBQ section, stimbot dan juga
gerai mee pulak. Ya ampunnn, mana nak sorok semua makanan dalam perut ni.
Pasta
and noodle hanya mengambil gambar stall aje, makanan dah tak mampu nak makan
dah.
Ini
ajelah yang mampu dimakan untuk BBQ, ada kambing golek semua macam dah tak
boleh nak sumbat lagi dah.
Legoland
yang sangat cantik di waktu malam, esoknya nak mulakan aktiviti kami anak
beranak disini
Semuanya tidur
kekenyangan.....
No comments:
Post a Comment