Nuffnang Ad

Saturday, 7 January 2017

Palace of Golden Horses

Sesekali kita pergi la bercuti-cuti dalam KL aje, tak sempat nak pergi jauh-jauh cuti sekolah ni so kita jalan-jalan dalam KL, then check in hotel. Itupun dah cukup menggembirakan anak-anak dah.

 
Kali ni we all nak duduk area pinggir KL pula. Check in kat Palace of the Golden Horses. Dulunya hotel ni macam gah sangat di tepi highway, tapi bila dah ada bangunan, agak tersorok juga la lokasinya. Sampai aje, we all disambut dengan kolksi bunga orkid yang sangat meriah deconya.

Dah macam zaman dulu-dulu aje deco biliknya. Lampu, kepala katil semuanya ada corak berunsurkan kuda semuanya menepati tema hotelnya.

Not only deco bilik, even barang-barang toiletteries pun sama juag berbentuk kepala kuda. Comel juga, lain dari yang lain.

Hari pertama breakfast, memang banyak pilihan breakfast, from amaericam style breakfast, asian style sampailah kepada kuih muih Melayu semuanya ada disini.


Cantik betul cuaca masa we all ke sini, langit terang benderang. Ingatkan nak mencuba feri yang menyusuri sungai sampai masuk Mines tu rupanya dah ditutup untuk penambahbaikan so malas la we all nak pergi naik kereta, lepak bilik ajelah.

Dah petang sikit, semua nak pergi swimming pool, berendam and main slide. Kebetulan orang tak ramai, so seronok la depa berdua beradik terjerit-jerit main.

Dah penat berendam, semuanya malas nak turun makan so kita makan di bilik ajelah. Order 2 menu and then share ajelah sesama, kang order banyak-banyak tak habis pulak.

Last day check out sempat breakfast lagi, then naik bilik kemas-kemas then dah nak balik rumah semula.

Insyallah, ada rezeki berpeluang lagi bercuti lagi. Maklumlah nak bagi Danish tak nak stress sangat nak exam tahun ini so kena rancang percutian sebaik yang mungkin.


Jalan balik ke rumah agak jem, maklumlah balik time orang balik kerja so memang tersengguk-sengguk la dalam kereta menahan ngantuk. Sampai rumah, bawa turun barang then terus cari kedai makan untuk makan malam pulak.

No comments:

Post a Comment