Sekarang ni kena rajin menjaga kesihatan, dah gemuk tahap melampau dah ni. Kalau mood baik, rajin la pergi gym. Dah berapa kali dah trainer telefon suruh training, tapi haram nak pergi. Bila tengok cermin, badan makin gemuk baru rasa nak pergi.
Kalau larat, sampai 6km boleh berlari dalam masa 1 jam. Tapi kalau malas, just brisk walk atas treadmill ajelah jawabnya.
Sementara menunggu anak-anak habis tuition lepak di area foodtruck BHP Melawati, sambil makan. Selalunya balik dari gym macam ni gayanya. Manlah tak gemuk...huhuhuhuhu.
Ada pulak truck yang menjual dessert dengan pelbagai jenis kek dan juga brownies. Aduhai, mengundang sungguh la.
Kadang-kadang ada pulak officemate yang begitu menggoda membawa serawa durian ke pejabat, makan dengan pulut ataupun roti. Tak nak makan tapi baunya sangat menusuk kalbu so rasa cuit-cuit sikit ajelah.
Hari Jumaat selalunya berjimba makan sushi express, dapat makan 5 pinggan pun dah menggah dah nak masuk office balik pastu terus meeting. Mata pun mulalah ngantuk aje.
Tapi taklah asyik makan aje, kan. Tiap-tiap petang I akan skipping sebanyak 100 steps and then jogging keliling padang depan rumah ni at least 3km per day.
Insyallah, dengan azam tahun baru ini hopefully dapatlah menguruskan badan dengan jayanya. tak tahu azam tahun yang berapa tapi tak salah untuk mencuba, kan.
No comments:
Post a Comment