We all baru lah nak buat persiapan raya walhal orang lain dah lama dah buat persiapan. Biasalah, tahun ni beraya di KL, so tak perlu nak beria sangat pun. So, ke Jakel Mall la kita buat persediaan.
Ramainya orang di Jakel Mall, setiap level tu ramai sungguh orang membuat persiapan raya untuk keluarga masing-masing. I hanya sempat membeli baju melayu untuk Daddy Jack dan juga the boys sahaja while baju I kena cari di tempat lain cos macam tak banyak pilihan warna yang bersesuaian.
Then beberapa hari selepas itu, ke KLCC pula la. Kali ni saja aje berjalan-jalan tengok pelbagai persiapan untuk raya.
Sampin Sofia Iman selalunya menjadi pilihan Ayah bila nak raya.
Deco raya KLCC kali ni simple aje, mungkin tak nak bermegah-megah dengan deco yang mewah kan. Apapun, tetap cantik dengan replika rumah kayu kampung tu.
Kali ni berbuka puasa semuanya beli di luar. Nasi Arab dari Saba Restoran, kuih muih dari La Cucur, KLCC dan roti dari Sun Moulin juga dari KLCC. Alhamdulillah dengan rezeki yang terhidang di atas meja.
Daddy Jack bila dia macam bosan tak ada benda nak dibuat, datanglah kerajinan dia mengemas rumah di kala malam-malam ni.
Punyalah rajin, habis segala lampu ceiling pun dia lapnya. Itu belum kes mengemas dapur lagi, tapi selalunya kalau dia nak mengemas dapur, I memang tak bagi. Nanti habis dikemasnya semua barang-barang yang kita biasa letak, diubah kedudukan bila time I nak masak, mau mengagau cari.