Nuffnang Ad

Friday, 30 April 2010

Dapat jugak makan ikan

Ahad lepas, Kak Sidah ajak we all pergi Torrens Island, cari ikan katanya. Dengar aje ikan, terus la mcm melompat kegembiraan. Ye la, selama sebulan kat sini, belum pun merasa nak makan ikan, ada jugak makan tapi mcm fish fingers tu, tak power la.

Torrens Island nie mmg letak betul-betul hujung kalau dalam GPS. Kira macam beli kat jetty la. We all pergi nie dalam pukul 10 pagi and orang still ramai, maklumlah hari cuti. Cuaca, jangan cakaplah, sejuk .

Ternampak, entah apalah pulak nama binatang nie, lebih kurang mcm bangau aje nampak gayanya.

Pasar die bersih dan taklah berbau. Satu kepantangan di sini, pembeli tidak dibenarkan menyentuh ikan-ikan tu. Ala, kiter kan kalau pegi pasar basah ataupun pasar makan, kalau nak beli ikan, mcm check insang, tekan-tekan sikit badan die, kan. Sini tak boleh oooo, kena marah nanti.

Berjenis-jenis ikan ada kat sini, yang biasa macam kat Malaysia yang perasan adalah ikan merah. Memang geram aje. Ikan merah normally sedap buat sup ataupun masak asam pedas, mmg terangkat. Beli ikan kat sini jarang beli sikit-sikit. Kak Shidah cakap, kalau beli banyak die bagi murah sikit.

Ikan sardin pun ada jugak tapi kat sini dikenali dengan nama ikan tomy. Hmm, sebab tu pergi ngan Kak Shidah, so die reti sikit mana-mana ikan yang biasa die makan so I pun bolehlah cuba. Tak berani la nak cuba ikan yang tah apa-apa tu.

Ikan Garfish, lebih kurang macam ikan todak ataupun memang ikan todak. Kak Shidah cakap, ikan nie sedap buat goreng tepung aje. Kepala tu kena bunag la yer. So far, I nampak orang sini tak makan organ dalaman mcm hati, pedal, limpa baik ayam atau lembu. Susah sikit nak dapat benda-benda tu. Even kepala ikan pun tak makan.

Sotong yang telah siap dibersih dan dipotong. We all just jalan-jalan sebabnya kalau beli pun peti ais dah penuh dengan stok ayam dan daging.

Udang harimau, ingatkan die jual dah salai atau kukus tapi mmg warnanya macam tu.

Kepala ikan salmon. Tanya jugak orang nie ada orang makan ker? Dengan selamba die cakap tu untuk bekalan zoo. Kelas, kan..binatang makan kepala ikan salmon.

Kat jeti nie jugak ada macam pasar menjual sayur-sayuran. Banyak buah-buahan yang sedap-sedap jugak kat sini.

Pokok bunga ros pun ada jugak, nasib baik kat belakang rumah tu dah ada tapi Daddy Jack nak buang aje sebabnya menyemak aje.

Buah avocado, so far, belum mencubanya lagi


Keledek pun ada jugak tapi ubinya jenis warna merah. Boleh cuba untuk buat kuih keria takpun Chek Mek Molek aje.


Tomato yang merah menyala dan masak ranum

Well, tipulah, pergi jauh-jauh tak beli ikan, kan. So far, we all hanya ambik 2 jenis aje ikan. Satu nie tak pasti nama die tapi mcm ikan selar sikit campur cencaru. Beli 2 kilo aje.

Ikan garfish pun beli jugak...1 kilo aje untuk rasa aje. Kalau sedap, boleh beli lagi.

Thursday, 29 April 2010

City lagi - part 2

Masa nie tgh menunggu tram untuk ke Rundle Mall. Masa nie jumpa a few students from Malaysia. Bagus they all, siap salam and tegur-tegur lagi. Yer la, maybe sebab kat tempat orang, kan kalau kat Malaysia, harammmmmmmmmmmmmm.

Di Rundle Mall nie, macam ada pertunjukkan di mana sesiapa pun boleh berbuat apa sahaja di sini demi mencari duit. Ada tu, sekumpulan budak-budak remaja buat mcm Free Hug di mana, sesiapa pun boleh peluk mereka. Nie antara artis-artis jalanan yang menghiburkan orang ramai. Kalau kiter sudi, bolehlah beri die sedikit sumbangan dalam bentuk duit.

Di Adelaide, they all really appreciate arts tak kisahlah dalam bentuk apa. Kiranya arts is everywhere.

Budak kecil nie buat persembahan violin..terasa terbuai-buai aje bila die menggesek biola tu.




Gambar nie diambil oleh student from Malaysia. Kebetulan they all tengah buat treasure hunt 1Malaysia.

Bangga tengok anak-anak Malaysia buat persembahan tarian zapin kat sini. Ramai jugak mat salleh yang terlopong mulutnya.


Trademark bola besi di Rundle Mall. Tetiba teringat kat Akademi Fantasia..dah habis ker ?

Bergambar di Rumah Uni, UniSA. Rumah Uni nie lebih kurang macam hostel la kut.

The Aussie prefer jalan kaki ataupun berbasikal. Mudah dan menyihatkan.

Micheal Jackson wannabe. Siap tiru sebijik-sebijik from baju sampailah gerak tari tapi cuma satu aje, budak nie anak mat salleh dan bukannya African American.

Buah hatiku, intan payung, buah hati pengarang jantung

Jumpa teddy bear besar bagak nie..seram jugak rasanya

On the way nak balik, terjumpa kereta limo nie. Well, ianya bukan sebarang limo yer...its Hummer's limousine..panjang sangat sampaikan masa die nak ambik corner tu rasa mcm tak lepas aje.

City Again-part 1

Sabtu dan Ahad adalah masa berjalan-jalan, tak kisahlah samada pergi garage sales ataupun bershopping. We decided nak jalan-jalan ke City buat kali kedua. Based on weather forecast, hujan dijangka turun so masa we all keluar pagi tu, anginnya mmg sejuk tapi tak hujan. On the way tu, barulah hujan turun tapi taklah lebat sangat, just a slightly aje. We all dah risau sebab payung tak bawak so kalau huja lebat sangat so balik ajelah. Sampai aje kat parking space, alhamdulillah hujan dah berhenti tapi angin sejuk sangat.

We all decided nak jalan ke Central Market dulu. Ha'ah..sini pun ada Central Market jugak tapi bukan macam dekat KL tu. Kat KL, CM jual benda-benda like art & crafts tapi kat sini CM tu adalah tempat menjual daging, ikan, sayur dsbnya pendek kata lebih kepada pasar.

Sebelum ke CM, jalan-jalan dulu di sekitar City. Memang tak sibuk sangat sebab pagi lagi kut padahal dah pukul 9 pagi so we just strolled along the way and bergambar di tempat yang dirasakan strategik.

Daddy Jack kata, penat patung tu sebab I bersandar kat die. Gambar nie Danish the Menace yang tolong ambikkan. Not bad !!

I tengah menahan kesejukan, tak sangka la pulak sejuk macam tu sekali. Ingatkan power sangat. Rasanya, kalau ada org jual jacket 2nd hand, mmg terus belilah.

Masa we all tengah nak ambik gambar, tiba-tiba ada sorang pompuan datang dan tanya samada we all nak tolong die ambikkan gambar for the whole family. Terperanjat jugak sebab macam tak payah kena tanya, dia datang menyerah diri. Then after die ambikkan gambar, siap suruh we all tgk samada puashati ker tak. Kalau tak, die akan ambikkan sekali lagi.


Ternampak restoran ini dan ianya HALAL. Nama restoran nie Mekong Thai yang menyajikan makanan from Thai and Malaysia. Daddy Jack cakap, maybe next time kita datang makan kat sini bila ada special occasion....hmmm Mother's Day dah dekat nie.

Jalan-jalan terjumpa pulak kedai nie, and yes still open yer walaupun dah siang.

Office suratkhabar utama, mcm Berita Harian la. Cantiknya bangunan die tapi sayang, mcm agak tersorok ke dalam sikit.

Central Market nie besar dan terletak macam di tengah-tengah so kena round satu CM la hari tu untuk mencari kedai-kedai yang sepatutnya like butcher yang halal.

Terkejut bila tengok dalam Central Market ada jual buku..hmmm tapi kan dalam CM nie mmg bersih sangat. Tak terasa itu tempat jual ikan, daging semua. I tak sempat nak ambik gambar banyak-banyak sebab mcm bersesak sikit dengan orang but I'll blog about it bila I berkunjung lagi ke sana yer.

We all pergi City hari Sabtu so hari Ahad tu cuti Anzac Day. Anzac Day nie lebih kurang macam Hari Pahlawan kalau kat Malaysia. Korang tahu tak Malaysia ada Hari Pahlawan ? Kalau yang tak tahu, maybe sebab bila hari tu, no public holiday, cuma kalau cuti, sure orang ingat, kan. The Anzac Day nie disambut secara besar jugak sebab untuk menghargai jasa-jasa para tentera mereka yang pergi berperang. Anzac Day jatuh hari Ahad so Isni cuti ler.

Nice plat number. Sini, plat number boleh di"personalise" kan. Kekadang ada jugak jumpa number plat yang kelakar dan tak masuk akal.

We ended up beli sikit kat Asian Market. Antaranya sos cili Maggi. They all kat sini tak makan pedas even sos cili so kalau kat supermarket, they all jual sweet chilli sauce sahaja. Tak sedap rasanya sebab manis.

So, berjalan lagi ke Rundle Mall pulak tapi kali nie dah tak larat nak patah balik so naik tram ajelah.