Nuffnang Ad

Wednesday, 14 April 2010

Akhirnya, jumpa jugak

Tak tertahan dah nak makan fast food, yer la, depan rumah ada McD, jalan-jalan nampak KFC...mana tak geram dan bergolak perasaan dalam hati. Orang Malaysia kat sini ada bagi feedback like Nandos tu halal tapi kedai die kat City..tak kuasa la nak pegi sana. Then ternampaklah fridge magnet kat rumah tumpangan kami tu satu kedai pizza yang halal...Fel-Fella.

Kedai nie agak jauh jugaklah...dalam 15 kilometer from our house tapi tak kisahlah, lagipun beli bawak balik. Just order dulu, then collect aje sebab kedai die mmg tepi jalan besar, then tak berapa besar sgt la. All the food dalam kedai nie semuanya HALAL like fish & chips, burger dll sebab owner die orang Egypt dan beragama Islam and tak ada perasaan was-was la.

Ayam golek pun ada jugak. Pizza die ada 4 saiz..yang laping besar sekali untuk party pack. Memang besar.

Tukang kedai nie suka mengumpul koleksi duit kertas gamaknya. Penuh cermin kedai die dengan koleksi duit kertas. Menurut kata bos die, duit tu masih laku dan duit tu diberikan oleh pengunjung kedai tu yang terdiri dari pelbagai negara.

We all tanya la, duit tu semua laku ker...die pun ckp la mmg laku. Sekali my eyes terkelip-kelip tgk duit nie,,,mak aiii ONE MILLION DOLLAR !!!!!!!!!!!!!. Sekeping pulak tu. Tokeh kedai tu tersengih-sengih la ckp yang tu duit tipu...cis, tak boleh ku batangkan kalau duit tu betul, nak bagi balance mcm mana ? Kena angkut pakai beg plastik sampah ker gamaknya.

Nie pun salah satu duit palsu jugak

Rindu sama duit nie...kalau tak, duit nie la yang paling banyak dalam wallet...I miss Malaysia la.

2 comments:

  1. hehe u tak sedekah duit 5 hengget baru kat die gina??

    ReplyDelete
  2. kat sana best la juga kan.. macam-mcam ader.. tak penah lagi jenjalan tempat orang..

    ReplyDelete