Nuffnang Ad

Thursday 22 April 2010

Pekan Hahndoft

Selepas makan, we all semua singgah sekejap di pekan Hahndorf nie. Hahndorf nie terkenal dengan nilai-nilai sejarah pada bangunan-bangunannya. Kat sini jugak banyak kedai-kedai yang menjual cenderamata dan juga barang-barang antik.

Masa we all nak cari parking, ramai orang berjalan-jalan di sepanjang jalan nie. Ingatkan ada apa-apa festival atau acara, rupanya hujung minggu memang ramai orang ambik kesempatan jalan-jalan kat sini.

Banyak jugak kedai-kedai menjual barangan antik kat sini.

Banyak jugak kedai-kedai yang menjual barangan from German, ada tu kedai khas jual barangan Nazi dan baju-baju berunsurkan propaganda tapi sayangnya tak boleh nak ambik gambarlah.







Tetiba teringat lagu "bapaku pulang dari kota, bapaku belikan kereta, kereta kecil warna merah...boleh ku bawa ke sekolah "

I miss lepak-lepak sambil minum kopi especially at Starbucks. Kat Aussie nie tak ada Starbucks yer, cuma ada Gloria Jeans sahaja. Hmm, tak berapa nak minat la sebab kopi die macam pahit sikit.

Nice apron, nak beli satu tapi entah macam mana, sibuk-sibuk terus terlupa. Bila upload gambar, baru teringat.

Orang Aussie nie, merokok tu macam satu kepantangan pada mereka. Jarang tau jumpa orang merokok merata-rata kat sini. Kalau ada pun, depa kena merokok kat satu tempat, tak boleh merokok sesuka hati sambil jalan-jalan. Nak buang puntung rokok, pun ada tempat khas, tak boleh sesuka hati tenyeh atas jalan atau mana-mana yer.

No comments:

Post a Comment