Nuffnang Ad

Thursday, 22 April 2010

Lepas petik strawberry, apple pulak

Lepas Veggie Mall market, we all bergerak pulak ke ladang epal. Untuk apa yer...petik epal la, apa lagi. Hah ? Betul ker ? Macam tak caya aje....

Yes....we all pergi memetik epal straight from the pokok yer. Satu pengalam baru bagi kami sekeluarga. Selama nie hanya tahu makan epal aje tanpa kenal pokoknya tapi kali nie, petik dan terus makan.

Nie la rupanya pokok epal. Pokoknya taklah tinggi sangat, just nice aje. Senang untuk budak-budak memetiknya. Konsep die sama jugak ngan ladang strawberry tu, kiter petik, pilih mana yang kita nak, pastu they all timbang dan bayar ikut apa yang kiter nak. Kita boleh makan epal sepuas-puasnya di sini secara PERCUMA !!!!!!!!!!!!!!!!

Rasa macam masuk kat kebun rambutan tau kat sini, mana nampak sedap, petik dan terus makan.

Buah-buah nie busuk tanpa dikutip sebab dah terlalu banyak sangat dah. Sayang jugak menengoknya, bila buah epal tu berselerak , busuk tanpa dibuat sesuatu.

See, tak tinggi sangat, kan..Ryan the Lion tertido kepenatan after seharian berjalan.

Danish the Menace, masih sama seperti di strawberryp ark tadi dok ralit memetik buah epal

Kawan-kawan Danish pun sama jugak, masing-masing dengan baldi sendiri, mana yang kutip makan dan mana yang dah masuk ke perut, tu hal masing-masing.

Hasil buah epal from Danish the Menace. Selama nie, tak pernah nampak buah epal warna kuning tapi itulah yang paling sedap. Dengan rasanya yang manis, ranggup serta macam lemak-lemak sikit.

Petik, terus makan..tak ada siapa yang kisah pun..makam ajelah sampai muntah pun tak apa








Add Image
Add ImageDengan kuantiti ini, kami hanya membayar $2.40 sahaja yer

1 comment: