Nuffnang Ad

Wednesday 30 June 2010

Hujan Batu di negara orang

Petang semalam, dalam pukul 4 petang, tengah nak sembahyang Asar, tetiba dengar guruh and kilat. Aikkk !!! selama nie tak pernah pulak dengar kilat and guruh kat sini and dalam weather forecast pun cakap cuma showers aje.

Sekali, Daddy Jack cakap hujan batu. Hah !!! apalagi, berlari ler ambik camera. Nie first time tengok hujan batu.

Hujan batu nie tak sampai pun 10 minit tapi penuh depan rumah dengan kristal-kristal ais.

3 beranak nie ralit memerhatikan hujan batu yang turun, dan jugak tengok jalan kat depan rumah yang secara tak langsung jammed disebabkan jalan licin dengan ais nie.

Bila hujan dah agak reda sikit, I called up the boys untuk keluar kat beakang rumah untuk tengok ice tu and main-main ngannya. Giler la, sejuk-sejuk nie sanggup suruh anak main ais. Kejadian nie bukannya selalu, maybe 2 tahun sekali. Ayu pun cakap, nie kali ketiga kejadian hujan batu nie.

Nasib baiklah Adelaide nie tak ada salji, hujan satu hari pun dah menggigil kesejukan niekan pulak kalau ada salji. Berbungkus la gamaknya dalam rumah. Tapi merasa jugaklah sejuknya.

Hujan batu nie cantik bentuknya, macam pearl aje bentuknya, Tanya jugak, hujan batu nie saiz die mmg kecik-kecik ker saiznya, ada juga hujan batu macam bentuk bongkah ais tu. Kalau saiz bongkah ais tu yang turun tak tahulah, sure kalau kena kereta boleh kemek semua. Nasib baiklah Ayu cakap, memang macam itu saiznya.

Bila hujan-hujan nie, semuanya cepat lapar and Daddy Jack tetiba teringin nak nak munched something like fruits, mana ada beli. Thought this weekends baru nak pergi beli all the veggies and fruits. Nasib baiklah kedai fruits depan rumah aje, so Daddy Jack pun meredah hujan untuk beli apples. So, our dinner, hanyalah makan apple sahaja. Jaga kesihatan sikit, sempena winter nie.

Tuesday 29 June 2010

Bila kesejukan melanda

Adelaide sekarang nie cuaca sejuknya tak menentu, ada masa sejuk sangat, ada kalanya mcm okay la, kalau hujan, mmg sejuk. Winter in Adelaide is more like wet winter. Cuaca paling sejuk pun nearly 3 degree here.

The boys kalau tido siang, macam nie ler gayanya, macam tido malam. Kena berselimut apa bagai.

Monday 28 June 2010

62th

Salam Ayah,
Today is your day...28 June 2010 and you're 62th !!!

My dear Ayah, Ini adalah kali pertama Yong tak dapat meraikan hari istimewa untuk Ayah. Yong kini berada jauh beribu-ribu batu dari pandangan Ayah. Yong sedih bila tak dapat wish ayah face to face and kiss you on your cheek. I just only can write my tribute post on your FB wall and the most important thing is, call you and wish you a very HAPPY BIRTHDAY.

Masih segar dalam ingatan nie saat Yong dan keluarga nak masuk ruangan berlepas di mana Yong mengucakan selamat tinggal kepada semua ahli keluarga. Percayalah, Ayahlah orang pertama yang Yong cari dulu. Masih terngiang-ngiang di kepala, apa yang kita bisikkan masa kita hugged each other. Im so worried about you. Tapi Yong tahu, Ayah boleh jaga diri dengan baik. Untuk mengubat rindu di kala sunyi, Ayah ada chat dengan Yong kat FB wall dimana sampai sekarang Yong masih simpan all our conversation tu. So, kalau bosan, Yong akan baca balik apa yang kita bualkan itu.

Yong faham, Ayah sekarang semakin busy dengan tugas-tugas Ayah di Parlimen, membahas dan menbentangkan masalah-masalah rakyat di kawasan Ayah. Ayah menghabiskan masa Isnin hingga Khamis di Parlimen dan hujung minggu di Kuantan untuk melawat kawasan, menghadiri mesyuarat, memenuhi undangan perkahwinan, menghadiri majlis-majlis rasmi mahupun tak rasmi. Itu belum lagi menghabiskan waktu di pejabat sambil mendengar keluhan orang ramai....jalan tak bertar, duit tak cukup nak buat kenduri, mohon bantuan anak untuk masuk sekolah dan macam-macam lagi keluhan orang ramai tapi Ayah tetap melayan karenah mereka dengan berdedikasi. Your life will always be about rakyat sampaikan kadang-kadang Yong macam cemburu bila Ayah lebih banyak meluangkan masa dengan orang-orang di sekitar kawasan Ayah dan Ayah akan balik sampai lewat malam sehingga kami semua dah tertidur. Tapi Yong faham, ini jalan yang Ayah pilih...Ayah memilih untuk berbakti dengan masyarakat.

Terima kasih juga Ayah, kerana memberi peluang kepada my students untuk berbakti kepada masyarakat di kawasan Ayah walaupun ianya secara tak sengaja. Yong sedih bila Yong tak dapat melihat students melakukan kerja-kerja kebajikan mereka dimana mereka kelihatan sungguh gembira dan berpeluang untuk menanam getah, makan masakan kampung dan sebagainya. Ini semua adalah pengalaman yang manis untuk mereka. Walaupun, pada mulanya, Yong agak takut sekiranya mereka akan merasa janggal dan tidak selesa, maklumlah, kebanyakan mereka budak bandar, tapi so far, semuanya okay.

Hidup jauh dari keluarga membuatkan perasaan rindu dan sayang semakin membuak-buak. Yong tak sabar nak menunggu kedatangan Ayah dan Ibu di sini. Rindu dengan Ayah..rindu tengok Ayah duduk luar rumah sambil hisap curut, rindu dengan bau perfume Ayah, rindu keluar makan, jalan-jalan dengan Ayah, rindu dengan nyanyian bila Ayah keluar bilik.....Rindu segala-galanya tentang Ayah.

Ayah,
Terima kasih Ayah di atas segala usaha Ayah di dalam menceriakan kehidupan kita semua. Ayah belanja di tempat-rempat makan yang best, bawa jalan-jalan, belikan all our things and even give us the good education, ever. Ayah seorang yang terbaik di mata Yong.

When I was a baby, you would hold me in your arms.
I felt the love and tenderness, keeping me safe from harm.
I would look up into your eyes, and all the love I would see.
How did I get so lucky, you were the dad chosen for me.
There is something special about a father's love.
Seems it was sent to me from someplace up above.
Our love is everlasting, I just wanted you to know.
That you’re my special hero and I wanted to tell you so.

HAPPY BIRTHDAY TO AYAH
DATO' HAJI ABDUL MANAN ISMAIL

We will love you always forever
YONG, JACK, DANISH & RYAN

(p/s : ketika menulis entry khas ini, mata berkaca sudah tak dapat ditahan-tahan, air mata meleleh-leleh mcm air terjun gayanya)


Sunday 27 June 2010

My favourite movies...ever !!!!

Semalam, melayan movie While You Were Sleeping kat Channel 7 sementara menunggu World Cup. It is my all-time favourite movie. Its a romantic comedy with Sandra Bullock and Bill Pullman.

Lucy (Sandra Bullock) has to work on Christmas at a Chicago train station as a token collector because she has no family to go to. When she spots her dream lover, Peter, getting mugged at the station, she rescues him and brings him to a hospital, but Peter goes into a coma. Peter's family thinks that Lucy is Peter's fiancee, and welcomes her into the family. Lucy feels the family love for the first time. During the time spent with Peter's family, Lucy falls in love with Peter's brother, Jack (Bill Pullman)

Satu lagi my all the time favourite movie, nie paling top sekali is Pretty Woman. Dah tengok berulang-ulang kali dah cerita nie since I in Form 3. Until now, kalau bosan-bosan kat Adelaide nie, I still tengok cerita nie. I still think that Julia Roberts and Richard Gere is like made for each other. But, I dont like the movie, Runaway Brides, rasa macam bosan aje cerita tu.

Vivian Ward (Julia Roberts) has found a way of living by working as a prostitute on Hollywood Boulevard. When she runs into the prince of her dreams, who comes along on his wild horse, she first does not recognize him as her saviour. The prince, a ruthless and wealthy businessman by the name of Edward Lewis (Richard Gere), does not know that she could be more than just a girl from the sidewalk, but he changes his decision after the first night with the beautiful stranger. Her being the first person in a long time who could surprise him, Edward can slowly feel the light at the end of the tunnel. He is on his way to become a better person, whereas Vivian has got a new chance to start over again.

Another one is Speed. Masa nie tahun 1994, right after SPM. Masa nie dah suka giler kat Keanu Reeves, sampaikan bilik penuh dengan poster die aje. Tengok cerita nie masa kat wayang sampai 5 kali, then tengok kat ASTRO pun masih tak jemu-jemu. Then, satu lagi cerita Keanu Reeves, Walk in a Cloud pun best jugak !!!!! Dalam cerita Speed nie, Keanu berpasangan with Sandra Bullock.

In a downtown highrise building in L.A., a psychopathic bomber & extortionist rigs an elevator full of people to plummet into the basement if his $3-million demand is not met. When SWAT Officers Jack Traven (Keanu Reeves) & Harry Temple foil the bomber's plan and rescue the hostages, the bomber retaliates. First he blows up a city bus, then contacts Traven to warn him that a second bus has a bomb attached to it. Once that bus hits 50mph, the bomb is armed. If it drops below 50, it will explode. The bomber also warns Jack that if any attempt at rescue is made, the bomb will also explode. Jack races down the freeway and manages to board the bus. When an accident injures the driver, young bus passenger Annie (Sandra Bullock) is forced to take over behind the wheel and keep the bus running at 50 in order to stay alive

Bila pikir-pikir balik, both movie, While You Were Sleeping and Speed ada Sandra Bullock and the hero/s name is Jack, and Im married to a guy name Daddy JACK !!!!

I really like Sandra Bullock and Julia Roberts. They are A-list actresses. Tapi, cerita Sandra Bulluck, The Blind Side. Sempat tengok cerita nie masa dalam dalam flight untuk ke Adelaide tapi ceritanya macam bosan, maybe because heavy drama. And she deserve it for Academy, tapi sayangnya kejayaannya as a Best Actress dihancurkan dengan kekecewaan dalam rumahtangga.

Saturday 26 June 2010

Persatuan Suri Rumahtangga Adelaide

Perbualan 1
Akak 1 : "Salam Gina, buat apa tu?"
Gina : " Tak ada buat apa-apa kak, just lepak ngan budak-budak aje"

Perbualan 2
Gina : " Akak masak apa hari nie?"
Akak 2 : " Entahlah rasanya, macam tak ada idea, tapi macam nak buat nasi dagang aje"

Perbualan 3
Adik : " Best kak, jalan-jalan pergi Gold Coast, akak pergilah bawak budak-budak"
Gina : "Tu la, memang nak pergi tapi tunggu the boys besar sikitlah, senang nak bawak"

Perbualan 4
Gina : " Buat apa tu ?"
Adik : " Tengok cerita Adamaya kat TV3 online"

So, itulah antara perbualan-perbualan kami persatuan Isteri-isteri yang tidak bekerja di Adelaide nie yer.

Friday 25 June 2010

Nak jalan-jalan buat duit

Setiap minggu, we all akan dapat this newspaper,lebih kurang macam newspaper untuk our neighbourhood area. Dalam nie ada banyak info psl our area even kejadian break-ins dan jugak beberapa kejadian jenayah.

And this catalogue yang ada di postbox twice a week. Catalogue nie lebih kurang Giant, Tesco or Carrefour kalau kat Malaysia tapi kat sini lagi hebat, satu hari tu kadang-kadang boleg dapat sampai 5 katalog terus, like katalog from the pharmacies, supermarket, electronic goods, electrical, handphone even gardening material pun ada jugak.

Cakap psl katalog nie, kita boleh buat duit tau dengan hanya mengedarkan katalog kat sini. Just enroll, then nanti ada oarang akan hantar katalog-katalog tu kat rumah, kiter just lipat, then mcm jadikan one bundle then get ready untuk hantar from house to house. Its part of the exercise jugaklah sambil-sambil mencari duit tambahan. I pun, manalah tahukan, kalau-kalau rasa bosan duduk rumah tu and badan pun dah rasa berat semacam aje, should do this also.


Thursday 24 June 2010

Kegilaan surirumahtangga Malaysia di sini

Kat sini, all the housewives from Malaysia, tak kiralah yang belajar atau ikut suami belajar gigih betul mengumpul set pinggan mangkuk Corelle nie. Kalau ada gathering, topik pinggan Corelle memang tak ketinggalan, tambahan pulak sekarang nie macam mid year sale, lagilah menggila semuanya. Ada yang kata, sini lagi murah berbanding Langkawi, tapi pattern tak banyak. Just a simple pattern aje, tapi berkotak-kotak jugaklah membelinya.

As for me, belum lagi ada keinginan nak membeli Corelle sebabkan ada anak-anak kecil yang buas dan sering memunggah almari pinggan mangkuk, so tak nak ler ambik risiko nak membelinya. Tunggulah bila dah nak balik nanti, baruler nak pikirkan. As for me, I lebih gilakan Pyrex, so now I will start to have my Pyrex collection dulu, yer.

And also Jamie Oliver's collection, ada banyak kat sini from pinggan mangkuk, periuk belanga sampailah ke kitchen utensils. So, bila pakai this collection, cara masak pun kena macam Cik Jamie kiter la yer.

Selain Corelle, Noritake pun dijual dengan murah di sini. Jiran sebelah rumah saya, Ayu dah ada 2 set pinggan Noritake. Sebelum die balik Malaysia awal tahun depan, nak jugaklah belajar cara-cara membeli pinggan mangkuk nie. Like this set, hanya dijual dengan harga AUD99 sahaja untuk 20 pieces, rasanya kalau kat Sogo tu, harganya tahan ribuan la tu. So, nanti after 3 years, boleh la datang rumah I yer. I akan hidangkan makanan untuk you all dalam pinggan Noritake yer...hehehhehhe.

Wednesday 23 June 2010

Orang Tua merata

Ada orang kata, Adelaide nie tempat orang-orang tua dan juga orang yang pencen, kalau nak tengok yang muda-muda and happening places, pergilah ke Sydney atau Melbourne. Kat sana memang moden sikit orang-orangnya. And I think it's true.

Kalau pagi-pagi tu, nampaklah warga-warga emas nie keluar berjalan-jalan pergi vege market ataupun Foodland Supermarket depan rumah we all nie. Kalau nampak orang tua, sure Ryan akan cakap "nenek...nenek".

Warga-warga emas di sini, walaupun nampak tua tapi masih sihat, mereka nie mengamalkan konsep berjalan kaki la, macam part of exercise jugaklah.


Kalau tak larat berjalan pun, they all akan menggunakan scooter khas untuk bergerak ke mana-mana. Takpun macam ala-ala kereta roda pun ada jugak. Warga emas kat sini kebanyakannya berdikari la, they all boleh aje menguruskan diri mereka sendiri.

Ada satu ketika, masa we all berjalan-jalan ke satu Flea Market, terjumpa satu warga emas nie menghampiri we all then siap cakap "Apa khabar"..maunya tak terkejut beruk, then siap cakap ngan Ryan " comelnya awak"...rupanya the lady pernah duduk Malaysia selama 20 tahun, masa zaman Jepun dulu. Dia ikut husband die kerja ladang lat Melaka sana. Patutlah pandai cakap Melayu.

Tuesday 22 June 2010

Sekali sekala tak makan nasi

Entah kenapa, after nearly 3 bulan kat sini, rasa macam tak berapa nak lalu dah makan nasi. Sesekali tekak nie nak jugak makan western and the whole family agreed to it. So apa yang I lakukan is that nak cuba buat BBQ chicken since dah ada conventional oven hasil from garage sales, so nanti tak guna, bising pulak Daddy Jack tu.

Tadaaaa !!!!! Nie la hasilnya my BBQ Chicken for the family. Semuanya enjoy, tak tahulah sebab dah lama tak makan western or maybe sebab sedap. Tetiba-tetiba teringat kat Chilli's or TGIF...sob...sob...sob.

Musim-musim Worls Cup nie, gigih jugaklah masuk dapur pukul 2 pagi semata-mata nak makan Fish & Chips with Daddy Jack, lebih kurang macam our dating game la, sambil tgk bola, then makan, sembang-sembang while the boys asleep. Yes !!! I really missed our moments together, balik kerja, singgah shopping malls, makan-makan, tgk wayang etc, nampak gayanya kena tunggu bila balik Malaysia la, barulah boleh buat dating game balik.

Bila Flu melanda

Now is winter already in Adelaide and my kids already start to have flu. Mula-mula Ryan, after a while mcm dah baik sikit, Danish pulak, then Ryan pun berjangkit balik. Before datang sini, memang dah siap-siap bawak ubat from both paed, Dr Nasir from Ampang Puteri, tapi dah habislah. Kat Adelaide nie agak pelik sikit sistem nak jumpa doctor. Kena buat appoinment dulu, then baru boleh jumpa.Tak boleh main redah aje and then tak ada sistem clinic 24 jam yer.

Since Ayu dah bawa anak die pergi jumpa doctor, rasa macam nak bawak la my kids jugak, just nak make sure semuanya okay. Maklumlah, baru nak sesuaikan diri dengan 4 season nie. Ayu bawa anak die pergi clinic kat City and she prefer naik bas aje tapi to me, malaslah. Kat sini, all the students yang bawak family is under medical insurance of OHSC. Tapi, hanya ada certain clinics aje yang ada this service and kebanyakannya di City. So, I cari dalam internet mana-mana yang other than city and I found one, just 10 minutes from my house in Hampstead Gardens. It is Tudor Medical Centre.


Daddy Jack called for the appoinment a day before so on Friday, 2.40pm is Ryan's appoinment. Ingatkan nak tgkkan Danish sekali, tapi tak boleh yer, kena buat appoinment lain. Pulak...harulah macam nie. Danish punya is semalam, waktu yang sama jugak.

As for Ryan, I still kena bawak untuk gi jumpa doctor cos ubatnya dah habis. Diakan ada G6PD, so tak boleh ambik sembarangan ubat. Ada certain-certain kandungan dalam ubat tu die tak boleh ambik.

The doctor so nice, baik melayan karenah budak-budak. Tapi ada juga positifnya doctor sini. Bila cakap nak buat check-up, so memang betul-betul die buat check up untuk Ryan. Tengok telinga, hidung, kira macam full medical check up la. Tapi yang tak bestnya, doktor kat sini tak bagi ubat yer, just bagi prescription, then kita pulak satu hal kena pegi beli ubat kat farmasi. Tak macam sistem kat Malaysia, lepas aje jumpa doctor, kena pulak tunggu ambik ubat. Kat sini, kalau budak-budak demam, just ambik Panadol syrup aje. Kalau kat Malaysia, sampai 3-4 jenis ubat, siap ader antibiotics lagi tapi sini, doctor tak galakkan ambik antibiotik. For Ryan and Danish, they all okay, cuma biasalah flu and virus is everywhere so kena banyakkan minum liquids like juice and waters.

As for us, ada jugaklah beli stock ubat selsema+cold flu, manalah tahu terkena sama.

Ubat flu for adults siap ada a certain time lagi, so cool. Patutlah orang Malaysia kat sini malas nak jumpa doctor, katanya letih jumpa doctor kat sini especially kalau anak sakit sebabnya doctor hanya prescribe Panadol aje.

I really hope that our family will be healthy as well, ada la kena sikit-sikit like flu or fever tapi harapnya tak lah teruk sangat. Doakan kesihatan kami di sini, yer.

Monday 21 June 2010

Perihal Sampah

Masa masuk rumah nie dulu, memang dah tersedia 2 tong sampah yang besar untuk setiap rumah. Tong-tong sampah nie disediakan oleh City Council of Campbelltown, mcm ala-ala majlis perbandaran sini lah. So, setiap rumah dibekalkan dengan 2 tong sampah. Kira macam standard la, tak macam Malaysia, kan..ada rumah tong sampahnya kecil, besar, pastu kotor dan macam-macam lagilah. Tong warna kuning tu untuk barangan yang boleh recycle like papers, bottles and others and the blue for domestic used like sisa makanan dan pepejal.

Untuk my area, the garbage collection is on Monday so setiap Ahad, dalam pukul 6, tong-tong sampah kena diletakkan di tepi jalan. Sampah selalunya dikutip dalam pukul 8 pagi. Yer !!! house owner kena letakkan sendiri di tepi jalan. Untuk tong biru, kutipannya adalah setiap minggu and the tong kuning is twice a months. Yer la, barang-barang recycle tak banyak, so tak perlulah tiap-tiap minggu, kan lagipun tak busuk mcm domestic ones.

Sure you all tertanya-tanya...kenapalah pulak tuan rumah kena letakkan kat tepi jalan ? Sini konsep angkut sampah tak sama macam Malaysia yer...ada orang yang kutip then masukkan dalam lori sampah. Sini, lori tu yang akan angkut dan masukkan dalam lori sendiri secara automatik.

Itulah lori sampahnya. Nampak bersih aje, kan. Well, bayangkan tugas mengangkut sampah nie hanya dilakukan oleh seorang sahaja, iaitu pemandu lori sampah. I wish that the system boleh digunakan di Malaysia. But after a while, I think that maybe not sebabnya jalan-jalan di kawasan perumahan terlalu ada yang kecil, so tak muat untuk lori sampah masuk. then, macam mana pulak dengan orang yang duduk rumah flat? Hmmm buat apa yang I think that we should do is for those garbage collector tu kenalah berhati-hati untuk mengaut all the sampah. As far as Im concern here, bila ada lori sampah, memang tak ada satu bau busuk pun padahal kutip sampah seminggu sekali. Kalau Malaysia, 3 kali seminggu. Kadang-kadang tu, bila aje time lori sampah datang, habis berbau satu rumah sampai adakalanya kiter rasa macam nak termuntah, pastu belum kes orang-orang angkat sampah yang bertaburan sampah, tak dikutipnya...then habis busuk satu jalan.