Selasa lepas, kami sekeluarga diundang untuk ke majlis perpisahan yang dirancang secara tidak sengaja. Ada 2 of my Adelaide's gang yang akan kembali dalam bulan Jun ini so tak sempat nak buat farewell yang proper so jemput dtg makan di rumah aje, sambil kumpul beberapa keluarga dengan membawa hidangan secara potluck.
Muka-muka kami yang masih tinggal, ada yang akan pulang ke Malaysia akhir tahun nie dan ada juga yang menunggu waktunya. Hmm, dah makn berkurangan dah my Adelaide's gang. Makin lama makin sikit korum nak makan-makan. Pakar-pakar masak pun dah sikit, so tak dapat dah nak rasa berbagai jenis kuih muih yang sedap-sedap lepas ni.
Anak-anak sibuk main di dapur, sebab di hall mak pak sibuk nak bersembang. Seronok agaknya jadi kanak-kanak, kan tak kisah samada kawan mereka balik atau tak, tapi pada yang dewasa, terasa sedihnya bila nak berpisah.
Tuan rumah menggoreng bihun untuk tetamu tapi tak sangka bila tetamu lain membawa beberapa jenis mee dan juga bihun tapi versi lain. Sungguh kenyang malam tu kami makan mee and bihun pelbagai style.
Anep yang berbaju jersi Malaysia tu adalah tuan rumah yang sudi untuk mengadakan majlis perpisahan kecilan ini. Memang tak plan sebenarnya tapi bila calling-calling semuanya bersetuju, so we all pun okay ajelah. Anep ni baru dilantik sebagai Mr Presiden untuk kelab MYPSA, persatuan untuk pelajar-pelajar postgraduates dan juga family member di Adelaide ni.
Sebelum tu, kami juga adalah mengumpul duit sesama kami untuk membelikan mereka-mereka yang nak balik nie hadiah tanda ingatan kami untuk mereka. Tengok kotak pun tahu apa yang kami belikan, hehehehehh.
Keluarga pertama yang diraikan adalah pasangan suami isteri Lynn and Suhaizan., Mereka dah pun sampai di Malaysia Khamis malam. Lynn and Suhaizan nie dua-dua belajar disini, and terikat dengan UTEM di Melaka. Mereka banyak membantu kami sekeluarga. Masa Ibu dan keluarga mertua datang ke Adelaide, kami meminjam kereta mereka untuk membawa keluarga kami jalan-jalan sekitar Adelaide sebab mereka ada kereta besar. Even kami pun kalau membeli barang yang besar, swap kereta dengan mereka. Lynn and Suhaizan juga banyak menolong kami, sebab tu rasa sedih aje bila mereka nak balik. Banyak yang mereka lakukan untuk menghabiskan pengajian mereka, antaranya 2 diantara anak mereka terpaksa ditinggalkan dengan mak di Malaysia sebab nak tumpukan perhatian mereka di dalam pelajaran and Alhamdulillah, mereka berjaya menghabiskan pengajian mereka.
Keluarga yang kedua yang akan meninggalkan kami di Adelaide adalah Effa and Am, yang akan kembali lagi 2 minggu. Mereka pun dah lama disini. Dah macam adik beradik kami aje mereka nie.
Am akan berkidmat dengan UniMAP di Perlis dan Effa akan menyambung kembali tugasnya sebagai guru sekolah. Kalau Lynn dan Suhaizan terpaksa meninggalkan anak mereka di Malaysia tapi Effa and Am berjaya membawa pulang 2 orang anak mereka yang dilahirkan disini.
Kaum wanita yang akan kehilangan kawan, adik dan juga rakan seperjuangan.
Antara yang hadir malam itu, sungguh meriah dirasakan walaupun sedih itu tetap ada.
All the best, Lynn and Ijan. Terima kasih diatas segala-galanya. Lynn nie anak kawan Ibu masa kerja di Mindef, and kebetulan pulak duduk sama kawasan di Melawati tu so taklah payah sangat nak jumpa. Kalau Lynn balik KL nanti, jgnlah lupa calling-calling yer, bolehlah kita pekena teh tarik and roti canai NZ.
seronoknye dapat peluang belajar di tempat orang, en anip makin berisi..
ReplyDeleteCik Anonymous
ReplyDeleteCim Anip dah jadi Mr Presiden untuk persatuan pelajar disini