Sorrylah, entry nie dah lama bertepek dalam draft asyik terlupa nak cerita kisah kenangan inlwas datang ke Adelaide. Mother and father inlwas datang dengan adik ipar, but adik ipar hanya ada seminggu sahaja di Adelaide sebab tiada cuti and inlaws duduk sini selama 3 minggu sampaikan bolehlah membantu we all berpindah ke rumah baru.
Pagi inlaws tiba kat airport, Daddy Jack dah bawa mereka pergi Sunday Market and dah da[at macam-macam barang, lepas tu balik rumah, rehat satu hari sambil bermanja-manja dengan cucu-cucunya. Hari kedua sampai, memulakan lawatan ke City sambil ditemani oleh me and Ryan. Danish tak pergi sebab ke sekolah. Lagipun dah minta off 2 hari so tak boleh cuti lama-lama.
Tak dapat parking dekat dengan stesen free tram so kenalah parking jauh sikit and jalan kaki sambil menghirup udara sejuk di Adelaide. Taklah sejuk sangat, just nice aje.
Dah lama we all tak naik tram ke City, selalunya parking kereta kat Upark aje sebab tak lama. Mostly pun dalam 2 jam aje pusing City sebab City pun taklah hebat mana. Kedai-kedai yang ada di City esp Rundle Mall tu ada aje dekat Tea Tree Plaza, lebih kurang 10 minit dari rumah. Kalau datang ke City pun cuma pi makan kat Swinging Bowl ajelah.
Pagi-pagi ni Rundle Mall sibuk sikit dengan orang-orang yang berkerja so nampak sibuk dengan mereka yang minum kopi ataupun dok berjalan ke tempat kerja.
So fresh and colourful all the produced in SA
Adelaide is Festival City so masa nie baru lepas Fringe Festival yang melibatkan all the art, visual, theatre dan music. So, banyaklah hasil-hasil seni yang dipamerkan lagi disini.
Kalau ke Rundle Mall, kena and harus bergambar dengan bola besi ini yang merupakan trademark di Rundle Mall.
Ingatkan di KL aje ader Chatime, rupanya ada juga tempiasnya di Adelaide nie. Tak sempat nak merasa pun lagi sebab nampak orang ramai sangat so tunggulah summer nanti, nak serbu jugak. tapi kalau nak thrill lebih, jom try masa winter nanti. Beku otak dibuatnya.
No comments:
Post a Comment