Nuffnang Ad

Monday, 4 June 2012

A trip to Victor Harbour

Masa inlaws datang nie la baru we all merasa nak ke Victor Harbour. Selama nie mmg tak pernah pergi, tak tahulah kenapa. So kali nie tak melepaskan peluang nak pergi juga. Bertolak awal pagi sebab nak sampai ke sana aje dekat 2 jam lebih. Alhamdulillah, cuaca pun okay walaupun pada mulanya agak sejuk.

Dah sampai awal, so banyak tempat yang belum dibuka lagi. Even the penguin place pun sama juga, so kami melepak la dikawasan sekitar.

Disini ada Whale Centre tapi belum dibuka, ada kira-kira sejam lagi baru nak buka so malas la kami tunggu.

Victor Harbour nie terkenal dengan Tram ride yang dibawa oleh kuda tapi masa kami sampai nie, landasannya masih dalam sessi pembaikan so tram tu tak jalan, kenalah kami jalan kaki lebih kurang 30 minit untuk tengok penguin. Berpeluh la jugak dibuatnya.

Pemandangan yang cukup mendamaikan dan juga tenang bila melihatnya. Nampak burung-burung yang berterbangan serta hidupan air yang berenang-renang sambil mencari makanan.

Jarang kami dapat bergambar bersama sebab Daddy Jack kata die bukan artis nak bergambar. Itu alasan aje sebab takut gambarnya yang berambut panjang tu diketahui oleh kawan-kawan satu fakulti dengannya.


Dah terasa lapar, walaupun dah breakfast masa on the way ke Victor Harbour. Singgah dalam cafe disini, ingatkan nak minum aje tapi bila tengok Fish & Chips murah aje, so terasa nak makan Fish and Chips pulak. Bila order, besar sungguh portionnya dan sedap tak terkata. Nanti boleh pergilah jawabnya semata-mata nak makan fish and chips sahaja.

Inilah attraction ke Victor Harbour, The Penguin Centre tapi taklah sehebat macam Phillips Island di Melbourne. Dulu we all tak sempat nak ke sana, Insyallah..kalau ada rezeki nak ke Melbourne sekali lagi nak singgah tengok penguin disana pulak.

The boys dressed up as a penguin.

Sebelum balik, layankan dulu the boys yang nak main miniature gold field yang ada disitu while we all yang lain duduk lepak sambil minum and makan ice-cream dulu. Letih tau, berjalan kaki pergi dan balik. Lenguh rasa kaki dibuatnya.

Bila balik tu, ada masa lagi so bawa inlaws ke Central Market untuk cari barang-barang souvenir untuk mereka. So after nearly one hour kat CM, perut pen berbunyi minta diisi. Kebetulan seharian tak makan nasi and kat rumah pun tak masak, so singgah kejap makan nasi Arab di Sofra pulak. Ohh, sedapnya nasi arab di Sofra nie. Hmm, Daddy Jack, dah lama kita tak makan di Sofra nie? Bila yer...

No comments:

Post a Comment