Nuffnang Ad

Wednesday 18 July 2012

Jalan keramat

Entah kenapa after 2 hari terperuk di dalam rumah, tiba-tiba ada orang ajak pi Jalan TAR. Hmm selalunya kalau kita yang ajak, ada aje alasannya..like nak cari apa kat situ, ala susahlah jalan jem, dan 1001 soalannya. Tapi bila ada yang ajak, laju ajelah kita bersiap tambah pulak senyum sampai telinga bila the boys tak mahu pergi nak duduk rumah...Syoknya !!!!

Bangunan MARA nie dah bertambah, lagi best ada McD di tepinya. Dulu masa rajin ke Jalan TAR nak makan McD kat bawah Sogo tu rasa peritnya sebab ramai orang, so nak tak nak kenalah tahan lapar then jalan kaki sampai ke McD Jalan Silang tu.

Dulu ni kalau tak silap panggung wayang, tapi dah ditukar jadi pusat untuk membeli barang kelengkapan rumah. So tak payah nak cari merata-rata, semuanya dibawa satu bumbung. Sebelahnya ada buka restoran favourite, Restoran Sari Ratu. Ingatkan balik nak singgah minum Es Teler tapi terlupa.

So dah tahu nak ke Jalan TAR nie rembat ajelah selipar jepun entah siapa punya kat rumah tu. Nak jalan dengan Daddy Jack nie bukannya ada plan pun, kang kejap pergi kedai sini, pastu kedai tu then patah balik kedai yang mula masuk..ohhh mak aiiii, boleh pitam dibuatnya.

Orang Malaysia nie sekarang bershopping tak kira masa agaknya yer. Dulu orang kata nak bershopping weekend aje sebab masing-maisng kerja tapi sekarang nie I tengok hari yang bekerja pun sibuk juga. Mungkin ada yang nak membuat persiapan raya awal so tak mahu kelam kabut sediakan last minute, tu yang sesak juga Jalan TAR walaupun hari biasa.

Pernah pergi SOGO untuk beli baju Danish sekali aje masa musim nak raya lepas tu terus tak sanggup dah sebab orang punyalah ramai, bersesak-sesak dibuatnya. Pernah ada kawan cerita, ada makcik die sanggup datang KL satu dari dari Temerloh semata-mata nak shopping kat SOGO ni. Makcik die tu suka anak-anak die pakai baju MIKI Kids yang agak mahal jugakkan, so spend beribu kat sini kat sini during puasa. Punyalah hebat pengangan SOGO ni yer. Ehh, I pun ada juga kenangan di SOGO ni..masa tu masih belajar di Melaka, so sampai aje Puduraya masa tu rasa nak pergi toilet sangat, tapi tak sanggup nak masuk toilet kat Puduraya so I ambil LRT and terus ke SOGO and sanggup bayar 50sen (masa tu bayaran masuk toilet SOGO yang paling mahal di KL) untuk membuang air.

Rupanya Daddy Jack bukannya nak bershopping raya disini, die nak cari jersey bola kat Pertama Complex so ni pun paksa die jalan-jalan sekitar Jalan TAR, kalau tak lepas dapat apa yang die nak, terus balik la.

Gulatis sekarang nie dah ada dimana-mana. Di area rumah I pun dah ada 2 rasanya so tak payahlah nak bersesak-sesak nak beli. Dulu mmg la, nak raya aje Ayah ajak ke Gulatis nak beli kain untuk baju raya, tapi sekarang nie sejak Ayah jadi VVIP member di Jakel, so beli ajela di Jakel.

Hahahah, antara yang harus dicuba bila di Jalan TAR, tapi kali nie we all insaf la sikit sebab perut pun dah kenyang makan sebelum datang tadi. Just tengok dari luar ajelah.

Lorong jual tudung yang bergantung-gantung. Salah satu kedai tudung nie, kedai kawan masa sekolah dulu, Kedai Tudung Wahab. Rambang matalah tengok fesyen tudung sekarang nie, macam-macam jenis aada. sekarang nie fesyed tudung chiffon yang bertingkat-tingkat tu. Nak beli tudung, tapi Daddy Jack cakap lain kali sebelum balik Adelaide datang lagi lah.

Satu pembaharuan di Jalan TAR, dah ada kerusi untuk duduk. Hmm, nampak gayanya lepas nie penuhlah kerusi ni dengan orang lelaki sementara menunggu isteri bershopping. Tapi yang tak syoknya bila ada pulak yang tidur atas nie.

Masa ni dah pukul 2 petang, nak singgah beli Sharwarma tapi tak sanggup nak berjalan ke atas sikit.

Sejak balik Malaysia kali nie entah kenapa rasa selesa pulak pakai bag COACH lama nie, maybe sebab besar so senang nak letak macam-macam benda dalamnya.

Senyum kelat ajelah bila lalu di Jalan TAR nie, nak beli rasa tak perlu sebab tak raya di Malaysia, tapi bila tengok kain ela yang cantik-cantik rasa geram pulak tengoknya.

Bangunan Globe dah ditukar kepada Sarah Hughes. Dulu masa zaman sekolah nielah tempat yang selalu beli baju sekolah, lepas tu suka makan di cafe di tingkat 6, sedap juga.

Tudung dijual bergantung-gantung. Tapi nak beli tudung bukannya boleh main ambil aje, kena belek and cuba dulu manalah tahu tak sesuai dengan muka kita. Tu yang ada orang cakap, nak beli tudung kena duduk setengah hari dalam kedai tu.

Tak lama lepas tu we all kembali balik ke Jalan TAR, tapi kali nie nak ke Pertama Complex aje sebabnya Daddy jack nak ambil jersey yang dia tempah hari tu. Kali nie we all bawa the boys, nak rasa experience ke Jalan TAR. Ryan terpekik bila nampak poster nie, katanya "Ehh, tu gambar Ayah Nan la"..then Danish cakap "Ehh tu bukan gambar Ayah Nan la..tu gambar Uncle Najib" hahahahha.

New experience for the boys, ligat memerhatikan kereta yang banyak and rasa pelik jugak.

Walaupun berpanas, masih sempat berposing juga.

4 comments:

  1. kty pun lama dah tak pergi jalan tar..

    ReplyDelete
  2. aduiii..akak dah lama betul tak ke Jalan TAR ni..

    ReplyDelete
  3. globe tu dah bertahun dah tukar ke sarah hughes kan kak..

    ReplyDelete
  4. Kak Atty
    Yer La Kak Atty duduk Bangi so tak payah nak sibuk masuk KL kalau nak beli barang, Putrajaya and Nilai pun dekat dah

    Kak Yan
    Shah Alam pun dah ada serba-serbinya Kak

    Ida
    Haah, katanya banyak baju kurung ready made yang cantik-cantik kat sini

    ReplyDelete