Nuffnang Ad

Friday 16 November 2012

Dating dengan Ibu

Jumaat lepas, Ibu ajak pi KLCC. Daddy Jack malas nak ikut so dating berdua ajelah dengan Ibu. Lagilah seronok dapat jalan-jalan tanpa perlu berkejar-kejaran. 

Kebetulan pula we all sampai during lunch hour on Friday pulak tu, so ramailah wanita-wanita yang mencuba kasut and handbags di level ni. Punyalah ramai, rupanya gaji masuk awal cos Deepavali tu yang penuh level handbags and kasut ni. Hmm, dah lama tak pakai high heels, last on March 2011, lepas ni kena practice pakai high heels balik la jawabnya. Tapi seram pulak tgk high heels zaman sekarang nie, punyalah tinggi , takut terjatuh pulak bila pakai on the way ke kelas nanti, lagilah malu.

Berjalan ke bahagian homeware pulak, sambil menjenguk-jenguk kelengkapan rumah. Tengok koleksi Noritake ada yang sampai memcecah 7K rasa nak terjojol mata ni, then Corningware yang bersusun bertingkat-tingkat tapi tak perasan pulak berapa harganya. 

Dah puas pusing keliling, perut pun terasa lapar. Hmmm, mmg salah timing la keluar time lunch hour yang panjang kan sebab orang ramai giler kat Signature Food Court and Ibu decided makan waffle ajelah for our lunch.

Sebenarnya, ada sebab Ibu ajak keluar ke KLCC ni. Nak mencari hadiah untuk wedding Lee Chong Wei malam Jumaat tu. Selalunya if ada majlis kahwin, Ayah suruh cari kristal aje, tak perlu susah payah cari barang lain. Ingatkan senang aje nak pilih hadiah untuk penganting ni, susah juga rupanya. Sementara menunggu the staffs membalut hadiah yang telah dipilih, sempat tengok ada one girl ni membuat star from paper. Ohhh, itu satu kegilaan dulu, buat start banyak-banyak, letak dalam botol and hias cantik-cantik then bagi kat kawan-kawan as a friendship circle.

Dah lepas ke bahagian homewares, berjalan pulak ke bahagian electrical. Ohhh some of the items I dah beli kat Adelaide like Kitchenaid mixer and the deep fryer. Hmm harganya murah lah sikit berbanding disini. But I tak bolehlah nak compare, kan. Kang ada pulak yang cakap I ni tak berpijak dibumi yang nyata.

Ni dah kat Best Denki, balik ni pun mmg nak survey harga-harga dapur and also some of the electrical products untuk I buat renovation my rumah at Setia Alam nanti. Survey dulu lah, then baru kita boleh tgk kemampuan kita nanti.


Sementara menunggu Ibu pergi solat, I pun yang dah kelaparan petgilah balik Signature untuk makan Mee Wantan di kedai favourite. Ohhh masih sama rasanya, tak ada yang kurang pun. Wantannya masih besar-besar and padat which is so good. Actually kalau ke Signature ni mcm-mcm my fav foods ada, like Teppanyaki, hot plate meals and also Subway tapi mee wantan ini melebihi segalanya.



Bila Ibu dah habis solat, berjalan lagi till masing-masing rasa letih so singgah kat satu lagi my fav kedai, La Cucur for our minum petang pulak. Kuih pun dah banyak habis, tapi adalah kuih serimuka and kuyih bakas as one of my favourite kuih jugak.

So, dah puas berjalan, and makan so dalam pukul 430 pm we all pun beransur balik. Takut balik lambat nanti sruck in the traffic pulak. So balik teruslah singgah rumah inlaws untuk ambil Daddy Jack and also the boys.
 

2 comments:

  1. lama dah tak makan mee wantan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheh, Mee Wantan mmg fav tu Kak Atty, lagi sedap yang dekat RnR Tapah tu, terangkat habis

      Delete