Nuffnang Ad

Monday 25 March 2013

3 tahun sudah...

Semalam genaplah 3 tahun kami sekeluarga di Adelaide. Datang dengan anak yang berusia 5 dan juga 1 1/2 tahun, tak pernah ada experience menjaga anak sendiri 24 jam, memasak malah menjadi seorang fulltime housewife without no salary and mengikuti suami yang menyambung pengajian untuk keperluan universiti. Tak pernah membayangkan ini akan terjadi tapi 3 tahun ini telahpun merubah segalanya bagi kami sekeluarga.

Berbekalkan semangat dan azam serta doa dari Ayah dan Ibu dari jauh membuka semangat dan menjadikan kekuatan untuk kami sekeluarga merantau ke negara orang. Alhamdulillah, selama 3 tahun berada di negara orang, semuanya menjadi satu kenangan yang indah dalam keluarga kami.

Ini waktu kami mula-mula sampai di Adelaide, berjalan di sekitar Rundle Mall. Melihatkan gambar anak-anak yang melalui proses pembesaran semala 3 tahun ini memang nampak ketaranya. I bersyukur sangat-sangat dapat membesarkan, menyediakan makanan, merawat bila mereka sakit serta memberikan sepenuh tumpuan kepada mereka baik during leaisure time or school time.

One thing yang I rasa agak kagum dengan diri I sendiri, aktiviti memasak yang sangat membanggakan. Tak salahkan puji diri sendiri. Selama ni, I tak masak...or jarang-jarang masak cos ada maid yang menyediakan semuanya. Bangun pagi dah ada juadah atas meja, tengahari dan malam pun sama. Sebab tu sebelum datang Adelaide, badan gemuk giler, even bangun pagi dah ada yang tanya, nak minum and makan apa. If makanan yang disediakan macam tak membuka selera, off to makan luar. Tapi bila datang ke Adelaide, nak makan luar pun kena pilih yang halal and then dengan kewangan yang agak limited untuk makan di luar so kenalah masak sendiri. Alhamdulillah, after 3 years ni banyak juga menu yang telah dipelajari dan juga dibuat untuk dinikmati untuk keluarga dan juga kawan-kawan. Syukur, Ya Allah akan kesempatan ini untuk mempelajari bermacam-macam jenis juadah dan juga makanan.

Paling best duduk di Adelaide ini dapat bertemu dengan kawan-kawan di merata Malaysia yang datang belajar disini. Even dapat berkenalan juga dengan PR disini yang berkongsi bermacam-macam jenis ilmu dari hal rumah tangga, dapur, tips, keluarga, malahan sale juga. Di hujung minggu dapat berkumpul, bersembang sambil anak-anak bermain dengan rakan-rakan di belakang rumah ataupun park. Aktiviti makan jangan cakaplah, all around the year dengan bermacam jenis makanan yang boleh dimakan walaupun duduk di negara orang ini. Hope persahabatan yang terjalin selama 3 tahun ini akan berkekalan sampailah masing-masing kembali ke Malaysia nanti walaupun di Adelaide boleh jumpa tiap-tiap minggu tapi bila di AMalaysia, entah bilalah akan berjumpanya.

Ini antara gambar terkini Danish, Ryan and Me. Daddy Jack as usual la, malas nak bergambar. Now the boys already 8 and 5 years old this year. Hopefully balik Malaysia nanti semangat memasak itu masih tetap membara. Balik Malaysia lagi besar cabarannya bila the boys dah start sekolah and I pun dah sambung kerja semula. Selama ini mempunyai banyak masa untuk melakukan aktiviti bersama and hopefully I boleh curi some of time in Malaysia untuk mereka. I have another 6 months to go in Adelaide, so kena gunakan waktu itu untuk explore anything here in Adelaide, the foods, life and excitement here. Travel more and shopping less, perhaps.
 

8 comments:

  1. assalam gina..


    mana boleh less shopping.. tak caya akak. heee..

    anyway akak nak tanya... gina boleh tengokkan this brand tak.. cookware... Mauviel Cookware. nak tau ada discount time tak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam Kak Yan
      Tak tahuler boleh ke tak less shopping tu kak, kena bertahan nie..heheheh. I will try to check the cookware tu for you kak, apa-apa nanti Gina beritahu yer

      Delete
  2. kak gina loose weight ye... nmpak susut :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zack
      Jangan tertipu, itu gambar 3 tahun yang lepas. Memang kurus tapi sekarang ni naik balik sebab makan aje kerjanya...huhuhuhu

      Delete
  3. Salam Gina,
    Sekejapnya masa berlalu kan.. banyak betul pengalaman yg ditimba ditempat orang. Paling bestnya dpt jaga anak2 24 jam, dpt kawan2 baru, paling bestnya Gina jd expert bab masak memasak ni. Mmg respectlah.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kak Umiyumi
      Memang sekejap aje rasanya kak, Dulu masa mula sampai dok ckp cepatlah letih duduk rumah ni, nak masuk kerja balik and now rasa malas pulak nak kerja balik. Skill memeasak tu, mmg kak, sangat tak percaya dengan diri sendiri.

      Delete
  4. kejap je..pejam mata, celik mata dah nak habis! Oh, UniSA, nyaris2 nak pergi, tapi tak jadi :) apapun, enjoy saat ketika masih di sana..nanti balik malaysia, confirm rindu :) Anna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anna
      If dtang Adelaide, sure kita jadi geng makan-makan. Yup, I will enjoy my moments here in Adelaide. Balik memang confirm akan rindu

      Delete