Nuffnang Ad

Wednesday 13 November 2013

IKEA Malaysia

Penyakit I datang lagi, penyakit yang dikenali sebagai The IKEA Syndrome melanda kembali di Malaysia. Tak sudah-sudah di Adelaide, sambung pulak di Malaysia dengan alasan nak compare price aje. Chaitttt !!!.

Ya, satu kunjungan yang memang menyeronokkan, plannya tak nak beli barang tapi end up angkut barang satu trolley.

Adoi la, dahlah menunggu nak makan di Cafe IKEA ni punyalah lama sebab ramai sangat orang. Heran I dah pukul 4pm pun masih nampak orang office keluar masuk IKEA ni. Aikkk tak kerja ker? I thought pergi IKEA after lunch break bolehlah bersantai-santai..tapi meleset sungguh sangkaan itu.  I feel like semua orang makan di IKEA Cafe ni, students, family, even orang pejabat tapi at least amalkanlah kebersihan walaupun tangan malas nak angkat tray tu ke tempatnya, tapi sekurang-kurangnya bersihkanlah.

Di Adelaide, sering terasa-rasa di tekak makan meatballs di IKEA tapi apakan daya, tak halal so balik rumah buat sendiri tapi dah kat Malaysia, so kita makan la puas-puasnya. Menu pun dah bertambah, siap ada beef ribs lagi pulak.

Hari berikutnya membuat lawatan dengan Ryan pula, Danish tak nak ikut lebih selesa duduk dirumah main bola dengan my cousin. Bawak si kerinting ni nampak kedia mulut pun mulalah mengomel lapar, nak makan padahal kat rumah dah makan sebelum tu. So singgahlah Cafe sekejap untuk makan.

I sangat-sangat bersetuju dengan penulis ini yang berada di German. Tidak dinafikan tapi kita cuba untuk berubah, maklumlah manusia ini nak melakukan perubahan bukanlah satu yang mudah, ianya memerlukan usaha yang lebih sikit.

 Lawatan kedua, makanan pun tetap meriah jugak

Mana tak berhantunya IKEA ni pada I, kononnya nak cari almari untuk rumah baru, tengok kabinet dapur dan macam-macam lagi, udanhnya angkut barang segala mak nenek sampai satu trolley. Ini pun ada hati nak berkunjung lagi sebab nak beli iron board pulak..cheh, itu alasan namanya.
 

13 comments:

  1. dah 2thn kut tak trn ikea..bila la nak buat ikea kat area bangi ke..hehe..asik2 p nilai jer.huhu

    http://mawihasni.blogspot.com/2013/11/inner-tudung-wafiyya-anti-tembamcover.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Musliza
      IKEA nie berhantu tau, so kalau pergi selalu rabak poket. Nilai pun okay jugak, mcm I ni lama dah tak pergi Nilai tu

      Delete
  2. Lama dah kty tak gi Ikea.
    ni yg tingin nak makan meatball nie .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa Kak Atty, jgn pergi selalu, nahas jadinya. Setakat makan okay lah kak, tapi yang tak tahan magnet yang menarik untuk berjalan pusing satu IKEA tu

      Delete
  3. Suami pun ada tunjuk entry penulis blog kat German tu tempoh hari....Memang berbeza...Malah masa saya pergi sana tahun lepas pun, memang nampak perbezaannya..Macam mana ye kita nak educate rakyat sini supaya jadi camtu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mentaliti orang kita yang tak mahukan perumahan kut Anna, sesiapa yang dah duduk oversea bila nak bawa budaya mcm tu terus dipandang serong. Mudah-mudahan kita dapat menerima perubahan dengan cepat, Insyallah

      Delete
  4. tak nak kemas tu kemaskanlah..
    yang lagi haru makan bersepah..
    i kemas sendiri tu, pun ada yang pandang2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah betul tu NP, I pun selalu jugak kena jeling like "Kan dah ada tukang cuci, buat apa pi sibuk nak angkat dulang sendiri, nak tunjuk bagus ler tu"

      Delete
  5. Pn. Gina,

    Terima kasih kerana membaca dan berkongsi link tulisan saya di blog puan ini. Semoga apa yang baik kita jadikan tauladan dan yg buruk kita jadikan sempadan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Encik Khairul
      Insyallah, bersama-sama kita jadikan teladan atas apa yang dipelari sepanjang duduk di Adelaide dulu

      Delete
  6. Dear kak.. nak tanya leh.. brp eh harga beef ribs kat IKEA tu.. teringinnya nak makan.. mesti mahal kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nor Fariha
      Kalau tak salah Kak Gina harganya dalam $19..nanti Kak Giona check baliklah. So far harga makanan IKEA tu masih sederhana, taklah mahal sangat. Jom la pi makan

      Delete
    2. Mmg tingin sgt ni.. Dah merata sy search sbb nk tau harga ribs tu tp xde.. Nnt akk kongsi kan eh :-) nnt dh tau harga baru la leh wat budget..hehehehe..

      Delete