Nak ke IKEA di KL ni kenalah bersiap seawal yang mungkin, kalau tak especially weekend mmg la azab nak mencari parking dan juga nak beratur di kaunter. Dah siap dalam pukul 8 pagi, alih-alih si kerinting ni nak pulak main game dengan Daddy, so layan la kejap tapi Daddy nya pun agak-agak la mainnya, kasi la chance anaknya memang ni tak, main bersungguh-sungguh sampai merajuk la Ryan sebab asyik kalah aje.
Dalam pukul 830am dah sampai di IKEA, jalan pun masih lengang lagi. Dengan harapan tak ramai la yang nak bertunggu tangga di IKEA pepagi hari ni, hanya kami ja yang bersemangat waja, gigih datang pagi-pagi.
Parking pun lengang aje, so dapatlah parking depan pintu entrance, puas hati la kan.
As usual, memasuki rumah hantu dengan penuh keyakinan dan semangat yang tinggi
Sampai awal so yang buka hanya cafe sahaja so kita breakfast dululah kejap sementara menunggu showroom buka. Tapi ingatkan tenang ajelah nak berbrekkie kat sini, entah mana datang tetiba penuh cafe ni ramai yang nak breakfast juga. Pheww, mujurlah we all datang awal, kalau tak maunya beratur panjang nak beli breakfast.
Bila dah tengok orang makin ramai, so tak jadilah nak masuk showroom sambil cuci mata, so kita terus ajelah beli apa yang nak dibeli. Project untuk Bilik Seni la yang kita cari.
Nampak cool juga if this hammock diletakkan di luar rumah tapi apakan daya, rumah di sini tak macam di Adelaide dulu, ada backyard so mungkin hasrat ini terpaksa dilupakan walaupun the boys beria-ia suruh beli.
Tersangkut pula dengan cermin kaca ni, ni project Daddy Jack, tak tahulah apa yang nak diletakkan di dalam ni.
Wuhuuuu, esok adalah harinya. Tak sabar nak tunggu apa product terbaru dan yang best for tahun 2015 nanti.
Ohh project nak menyimpan LEGO dalam almari kaca rupanya. Baguslah, at least taklah berhabuk nanti. Teruskan usaha mu, Daddy Jack !!